Kisah ini berlaku pada tahun 2011. Seorang bakal pengantin wanita mempunyai satu impian untuk hari bahagia bersama pasangannya. Dia nekad dan berikrar untuk teruskan impiannya itu meskipun dia telah lumpuh sejak insiden kemalangan 3 tahun yang lalu.

Doktor pernah menyatakan dia tidak akan boleh berjalan kembali selepas kemalangan tersebut kerana kecederaan di bahagian tulang belakang. Apabila dia bakal berkahwin dengan kekasihnya, Mike Belawetz, dia nekad mengabaikan kata-kata doktornya itu dan berusaha keras menjayakan impiannya bersama ahli fisioterapi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Wanita hebat ini bernama Jennifer Darmon. Dia mahu berjalan sejauh 40 kaki di hari perkahwinannya menuju ke arah bakal suaminya yang sentiasa ada dan setia disisinya. Bagi orang normal, apalah sangat jarak 40 kaki itu. Tetapi ia begitu bermakna buat Jennifer dan mereka yang senasib dengannya.

Adakah kuasa cinta dapat mengatasi kelumpuhan? Ikuti kisah Jennifer Darmon seterusnya disini.

Usaha-usaha Jennifer merealisasikan impiannya ini:

Jennifer di hari perkahwinannya:

Jennifer telah meluangan masa 3 jam bagi setiap sesi latihan yang dijalankan 3 kali seminggu di pusat rehabilitasi bernama Detroit’s Michigan Center for Spinal Cord Injury Recovery. Hasilnya dia bukan sahaja boleh jalan 40 kaki ke arah bakal suaminya, dia turut berjaya berdiri dan menari bersama suaminya selepas itu.

LIKE Facebook The Vocket disini