Adakah anda sedang mempunyai masalah untuk membeli rumah? Mungkin sudah tiba masanya anda berpindah ke Jepun kerana kerajaan Jepun ketika ini akan melancarkan program untuk mengelakkan rumah yang masih elok daripada terus terbiar; ada yang akan dijual murah dan ada yang akan diberi secara percuma.

Akiya adalah terma yang digunakan orang Jepun untuk rumah yang terbiar. Program ini diharapkan dapat memenuhkan kembali rumah yang berada di kawasan luar bandar daripada terus kosong tidak berpenghuni kerana orang Jepun sendiri lebih selesa untuk tinggal di kawasan apartmen berdekatan bandar. Menurut laporan kerajaan Jepun, dikhabarkan terdapat lebih 8 juta rumah yang ‘kosong’ di serata Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

japan home 2

Jika ianya tidak didiami dan akan dijual murah pasti ada sebabnya bukan? Ianya menjadi murah kerana rumah-rumah ini terletak di kawasan luar bandar dan mempunyai sejarah ‘buruk’ yang membuatkan orang Jepun tidak mahu membeli atau menyewanya. Biasanya bila ada kematian di sesebuah rumah, orang Jepun akan menganggapnya sebagai bad luck dan rumah berkenaan akan susah untuk dijual.

Namun kebanyakkan rumah yang tidak berpenghuni ini biasanya berada di kawasan yang pernah dilanda bencana alam (taufan atau gempa bumi) atau terlalu jauh dari bandar. Ditambah lagi 70% penduduk Tokyo tinggal di apartmen. Orang Jepun sendiri tidak berminat untuk mengambil rumah percuma ini kerana tidak sanggup untuk ulang-alik ke tempat kerja kerana lokasi rumah percuma yang jauh daripada kemudahan canggih yang ada di bandar.

Japan Home

Berdasarkan kajian Nomura Research Institute (NRI), menjelang tahun 2033, Jepun bakal berhadapan 21.7 juta rumah terbiar dan jika tidak ditangani segera, ianya bakal memberi impak kepada kepada ekonomi Jepun.

Jika anda tidak kisah dengan rumah dengan risiko bencana alam atau rumah berhantu, mungkin anda boleh buat permohonan untuk tinggal di rumah kosong ini nanti. Buat masa ini masih belum dibuka permohonan untuk tinggal di rumah-rumah ini. Bersedia sahaja dulu.

Sumber