Pengumpul karakter Gundam pasti teruja dengan pembinaan robot yang berketinggian hampir 28 kaki membolehkan anda untuk mengendalikan sendiri robot tersebut. Jurutera dari Jepun, Masaaki Nagumo terinspirasi dari minat beliau dari komik yang diminati dari zaman kanak-kanak.

Robot yang dikenali sebagai LW-Mononofu akan dikendalikan melalui sistem kawalan dalam cockpit yang membolehkan pengendali untuk mengawal pergerakan kaki dan tangan. Para peminat berpeluang untuk mengendalikan robot ini dengan harga $930 (~RM3,634.00) untuk sejam.

nagumo

Robot tersebut juga dilengkapi dengan ciri 'pertempuran' dengan bazuka di tangan kanannya yang mampu menembak bebola span pada kelajuan 140 kilometer sejam.

Walaubagaimanapun robot ini tidak mampu bergerak laju oleh kerana beratnya yang hampir mencecah 7 tan. Robot ini perlu dipisahkan kepada beberapa bahagian untuk mengeluarkan robot ini dari kilang tersebut oleh kerana ketinggiannya yang melebihi daripada pintu kilang tersebut.

gundam tinggi

Berikut kami sertakan video pengendalian LW-Mononofu oleh jururtera robot tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=sdhLSLc_b1Y