Sebuah masyarakat yang ingin menjadi masyarakat berilmu perlu membaca buku-buku ilmiah yang berkualiti. Kalau tak cukup pakar tempatan yang boleh menghasilkan buku-buku sedemikian, maka langkah yang perlu dilakukan adalah TERJEMAH.

Masyarakat Jepun suka membaca dan banyak melahirkan orang yang bijak pandai (ada 25 pemenang Hadiah Nobel). Dalam hal ini, penerbit buku di Jepun berjasa. Mereka tidak terjemah bulat-bulat tetapi mengubahsuainya mengikut tahap penerimaan orang Jepun.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Ambil contoh terjemahan buku Peter Navarro ini. Tajuk asal buku yang ditulis oleh penasihat Donald Trump ini agak membosankan: “Crouching Tiger: What China’s Militarism Means for the World”.

Golongan ‘layman’ yang tak faham maksud ‘militarism’ atau ‘crouching tiger’ terus tak minat dengan buku ini. Lalu penterjemah di Jepun menukarkan tajuknya kepada “Bei-Chu Moshi Tatakawaba” (“Kalau Amerika dan China Berperang”): tajuk yang lebih provokatif dan mudah dikaitkan oleh golongan ‘layman’.

Ditambah pula dengan ayat-ayat promosi di bawah untuk menaikkan minat orang ramai: “Buku yang ditulis oleh Penasihat Trump sendiri!” “Buku yang sedang dikaji di Bōei-shō (Kementerian Pertahanan)!”

Penerbit mereka memang laju dalam menterjemah buku. Tak sampai 2 minggu sebuah buku diterbitkan di US, versi terjemahannya akan ada di pasaran Jepun. Ini membolehkan Jepun sentiasa berada di hadapan. Di Taiwan pun sama. Taiwan ini kecil saja, tetapi kadar pembacaannya adalah antara yang tertinggi di dunia. Sebab mereka terjemah buku-buku luar.

Terjemahan karya-karya luar negara, terutamanya buku bukan fiksyen masih kurang di Malaysia. Orang kita boleh ‘catch up’ dengan trend fesyen dan trend filem Hollywood, tapi tak boleh nak ‘catch up’ dengan trend intelektual dan diskusi awam mereka yang dibentuk oleh buku-buku seperti “Capital in the Twenty-First Century” (Thomas Piketty), “Thinking, Fast and Slow” (Daniel Kahneman), “Why Nations Fail” (Daron Acemoglu dan James Robinson) dan sebagainya.

Kajian tempatan pula tak banyak. Maka kuranglah bahan bacaan ilmiah dalam Bahasa Kebangsaan yang boleh memajukan intelek masyarakat. Buku-buku sampah yang memuatkan status merepek artis atau personaliti media sosial pula melambak di pasaran.

Bila agaknya kita boleh baca “Capital”, “Thinking, Fast and Slow” dan “Why Nations Fail” dalam Bahasa Melayu?

Baca lagi: Rupanya Perpustakaan Tertua Dan Berusia Lebih 1000 Tahun Berada Di Sebuah Negara Islam

Artikel di atas disumbangkan oleh Ayman Rashdan Wong. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka