Juara bertahan kejohanan AFC U23 Championship, Jepun, gagal mara ke pusingan separuh akhir edisi 2018 selepas terkandas diperingkat suku akhir dibelasah Uzbekistan 4 gol tanpa balas petang tadi.

Skuad bimbingan Moriyasu Hajime itu kelihat seolah-olah tidak berdaya untuk memberikan saingan setaraf kepada pemain-pemain dari Uzbekistan yang jelas menguasai perlawanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, Jepun tidak panik dengan kekalahan itu kerana mereka memang tidak menghantar skuad U23 mereka ke kejohanan ini sebenarnya.

Dibarisi Oleh Pemain-Pemain Skuad U21 Sahaja

Ketika mereka mengumumkan skuad penuh untuk dihantar ke saingan AFC U23 Championship 2018 pada 26 Disember 2017 yang lalu, JFA telah menyenaraikan 23 pemain berusia bawah 21 tahun ke China.

Melalui kenyataan ketua jurulatih, Moriyasu Hajime, perlawanan pertama di AFC U23 Championship ini adalah kejohanan rasmi kedua skuad U21 ini selepas menyertai satu kejohanan di Thailand iaitu M-150 Cup 2017.

news_236318_6

12 dari 23 pemain yang didaftarkan dalam kejohanan AFC U23 Championship 2018 ini adalah dari skuad Piala Dunia FIFA U20 yang berlangsung di Korea Selatan pada 20 Mei hingga 11 Jun 2017.

Dalam kejohanan itu, skuad U20 Jepun mara sehingga pusingan kalah mati, dan tewas kepada Venezuela 0-1, dimana Venezuela juga adalah finalis Piala Dunia FIFA U20 2017.

Selain itu juga, beberapa tonggak dari skuad Piala Dunia U20 tidak dipanggil untuk menyertai pasukan dalam kejohanan AFC U23 untuk memberikan rehat yang cukup kepada pemain-pemain seperti Ritsu Doan serta Takefusa Kubo.

Apa Strategi Jepun Dalam Kejohanan AFC U23 Championship 2018?

2 tahun dari sekarang, Tokyo akan menjadi tuan rumah kepada temasya Sukan Olimpik 2020 dan mereka sudah terjamin tempat dalam acara bola sepak nanti.

news_236200_4

Memikirkan aspek pendedahan yang perlu diberikan kepada pemain-pemain yang bakal menjadi prospek skuad utama Sukan Olimpik 2020 itu nanti, mereka memutuskan untuk mula mengumpulkan pemain dan menghantar mereka ke kejohanan-kejohanan rasmi.

JFA melihat kejohanan AFC U23 tahun ini sebagai sebuah platform terbaik untuk skuad yang baru dibentuk untuk menghadapi lawan dalam kategori umur 23 tahun.

Mereka sedar risiko yang diambil dari keputusan ini, tetapi untuk satu rancangan misi Sukan Olimpik 2020, mereka berpegang kepada rasional yang telah dipersetujui.

Keputusan ini tidak dibuat oleh sebelah pihak sahaja, tetapi telah dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak kelab pemain yang terlibat, termasuk tidak memanggil pemain yang banyak beraksi diperingkat kelab kerana tidak mahu timbul isu ‘fatigue’ keatas pemain.

Misi Meraih Pingat Di Sukan Olimpik Tokyo 2020

2204

Hajime Moriyasu, dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Olimpik Jepun pada 20 Oktober 2017 dengan misi utama untuk meraih pingat di temasya sukan terbesar dunia itu nanti.

Walaupun sedar bukan satu misi yang mudah, mereka mahu melihat skuad bola sepak meraih pingat sukan Olimpik ditempat sendiri dan misi itu dikongsi bersama semua pihak yang terlibat dari JFA sehinggalah penyokong mereka.

Demi mencapai sasaran itu, mereka sedar masa hanya tinggal kira-kira 2 tahun setengah, justeru persiapan perlu dimulakan segera.