Menyebut mengenai kebersihan dan kitar semula, negara Jepun sememangnya tidak asing lagi dari mengangumkan kita semua. Terbaru, bersempena dengan Olimpik 2020 yang bakal dilangsungkan di Tokyo, negara ini telah berjaya menghasilkan pingat daripada bahan gadget yang dikitar semula.

Inisiatif ini dijalankan selepas memperlihatkan terdapat beberapa komponen yang tersedia di dalam gadget yang masih boleh dikitar semula. Bersesuaian dengan dunia teknologi yang semakin pantas, Jepun mengambil inisiatif untuk menghasilkan pingat mereka daripada gadget yang tidak lagi digunakan ramai.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →
Sochi 2014 Olympic Winter Games Gold Medal

Sumber: GineersNow

Difahamkan projek untuk mengumpul gadget terbuang yang dilakukan negara ini berjaya mengumpul sebanyak 47 ribu tan gadget. Projek ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang gadget yang tidak lagi digunakan dengan meletakkannya di pejabat pos berdekatan Jepun.

Berdasarkan laporan, Jepun sudahpun berjaya mengekstrak dan memperoleh sebanyak 2,700kg gangsa, 4,100kg perak serta 30.3kg emas melalui projek yang dijalankan. Menarik bukan?

Setakat ini pingat Olimpik Tokyo 2020 telahpun dihasilkan dan bakal dipamerkan kepada umum menjelang suku ketiga tahun ini. Sama-sama kita nantikan inovasi terbaru daripada negara matahari terbit ini.

Anda Mungkin Suka