Semalam, Kementerian Kesihatan Jepun mendedahkan penemuan varian baharu COVID-19 daripada empat pelancong dari Brazil.

Ketua Institut Penyakit Berjangkit Nasional Jepun, Takaji Wakita, mengatakan varian baru itu berbeza dengan mutasi yang terjadi di Britain dan Afrika Selatan.

“Saya difahamkan bahawa varian baru yang berbeza dengan UK dan Afrika Selatan telah ditemukan,” kata Wakita pada sidang akhbar seperti dilaporkan oleh Reuters.

Seorang pegawai kementerian kesihatan mengatakan bahawa mereka sedang mengkaji ciri-ciri varian baru. Ini termasuk memahami kesan vaksin terhadap varian baharu dan seberapa serius gejalanya.

Sebelum ini pada akhir Disember, Jepun mengesahkan penemuan kes pertama mengenai varian baru COVID-19 daripada penumpang yang baru tiba dari UK pada 25 Disember 2020.

Penemuan kes mutasi baharu COVID-19 berlaku ketika Jepun mengeluarkan perintah larangan sementara kepada warga asing yang bukan pemastautin memasuki negara itu hingga akhir Januari 2021.

Bagaimanapun, warganegara Jepun dan warganegara asing yang tiba dari luar negara masih dibenarkan masuk dengan syarat mereka menunjukkan bukti ujian COVID-19 negatif yang dikeluarkan tidak lebih dari 72 jam sebelum berangkat.

Bukan itu sahaja, semua yang tiba di Jepun juga diminta menjalani kuarantin selama dua minggu.

Terdahulu, KKM kenal pasti mutasi baru COVID-19 di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

KKM Kenal Pasti Mutasi Baru COVID-19 Di Malaysia, Adakah Lebih Agresif Dari Biasa?

Mutasi Baharu COVID-19 Cetus Panik, Negara Luar Mula Sekat Pelawat Dari UK

Mutasi Baharu COVID-19 Dilaporkan Mudah Berjangkit, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

 

Anda Mungkin Suka