Kerjaan Jepun bakal melarang penggunaan produk telekomunikasi buatan negara China iaitu Huawei Technologies dan ZTE Corps kerana bimbang akan ancaman keselamatan siber dari kerajaan China. Berita ini telah tersebar luas dalam kalangan penduduk Jepun berikutan laporan media tempatan seperti Jiji Press dan Yomiuri Shimbun.

Perkara ini turut dikaitkan dengan gesaan Amerika Syarikat yang meminta negara-negara sekutunya untuk sebaik-baiknya tidak menggunakan produk daripada dua jenama ini bagi menghindari ancaman ‘pengintipan’ atau lebih buruk lagi serangan siber dari China. Kerajaan Jepun akan mula menyemak semula peraturan mengenai isu ini selewat-lewatnya minggu hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

zte

Jurucakap kanan kerajaan Jepun, Yoshihide Suga tidak memberikan sebarang komen berhubung laporan berkenaan, namun berkata, Jepun sentiasa bekerjasama rapat dengan AS berhubung isu keselamatan siber.

Jepun bakal mengikut jejak dua lagi negara yang sudah melarang penggunaan produk komunikasi tersebut iaitu New Zealand dan Australia. Perkara ini juga dipercayai ada kaitan dengan penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei baru-baru ini.

Sumber