Nampaknya sedikit masa lagi Jepun adalah negara yang berbaloi untuk kita semua jejaki.

Bulan lalu, pulau di Sicily, Itali telah mengumumkan bahawa pelancong yang berkunjung ke sana akan ‘ditanggung’ kos percutian dengan separuh daripada harga tiket penerbangan serta bayaran semalam untuk 3 malam di hotel dibayar oleh kerajaan tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jepun nampaknya ‘bermurah hati’ dan akan ikut cara ini demi meningkatkan kembali jumlah pelancong. Jepun sememangnya terkesan dengan pandemik COVID-19 dan menurut Japan Times, bilangan pelancong turun 99.99%, dengan hanya 2,900 pelancong dari luar negara melancong ke Jepun sepanjang April.

Ia adalah kali pertama sejak 1964 (tahun pertama mereka mula mengira jumlah pelancong ke sana) Jepun menerima kurang daripada 10,000 individu dari luar negara dalam masa sebulan.

Ketua Agensi Pelancongan Jepun melaporkan bahawa kerajaan Jepun akan mencipta satu pelan yang hebat untuk menarik kembali minat pelancong luar untuk kembali melancong ke Jepun dengan menawarkan subsidi separuh untuk perbelanjaan travel di Jepun.

Buat masa ini, masih belum ada butiran berkenaan tawaran ini tetapi ia kemungkinan besar akan terus dilancarkan pada Julai 2020, bergantung kepada bila keputusan kawalan pergerakan untuk pelancong luar negara dimansuhkan oleh kerajaan Jepun.

Kerajaan Jepun dilaporkan perlu membelanjakan USD12 bilion (~RM52 bilion) untuk pelan tersebut tetapi demi merancakkan kembali sektor pelancongan mereka, ia adalah ‘pengorbanan’ yang perlu dibuat. Buat pelancong pula, ini adalah masa ‘terbaik’ untuk travel ke Jepun selepas pandemik COVID-19 ini pulih.

Melihat kepada perkembangan semasa, mungkin masih belum sesuai untuk rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara. Apa yang anda boleh buat pada ketika ini adalah simpan duit dan tulis itinerary tempat mana yang anda mahu terjah di Jepun nanti.

Untuk pengetahuan anda, AirAsia telah melanjutkan tempoh sah akaun kredit anda sehingga 2 tahun sekiranya anda mahu pilih masa terbaik untuk ke Jepun nanti. Baca pada pautan di bawah.

AirAsia Kini Lanjutkan Tempoh Sah Akaun Kredit Sehingga 2 Tahun

5 Persediaan Penting Buat Anda Yang Ingin Melancong Ke Jepun

Anda Mungkin ‘Bebas’ Melancong Seperti Biasa Mulai 2023 Selepas COVID-19

Sumber