Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kejohanan sukan Olimpik bakal diadakan pada bulan Julai tahun hadapan di Jepun dan baru-baru ini, terdapat beberapa rekaan dikongsikan bagi mempromosikan temasya sukan tersebut dalam bentuk anime.

‘World Flags’ merupakan karakter khas yang dihasilkan mewakili setiap negara yang akan bertanding di sukan Olimpik nanti. Setiap negara mempunyai rekaan anime bertemakan samurai dengan perisai yang mewakili warna kebangsaan setiap negara.

Azamu

Samurai Malaysia diberi nama ‘Child of the Sun and Moon’ dan hadir dengan pakaian tradisional Jepun berwarna biru, merah dan kuning yang sama dengan warna bendera kita iaitu Jalur Gemilang (Stripes Of Glory).

Selain Malaysia, beberapa negara Asia lain yang turut diberikan sentuhan anime samurai adalah Singapura, Filipina, Thailand dan Indonesia. Malah, jika anda ingin melihat rekaan negara lain, anda boleh ke laman web ini.

Menurut laman World Flags, projek ini bukan projek rasmi Olimpik 2020 dan sekadar suka-suka sahaja. Walaupun projek ini bukan projek rasmi untuk sukan Olimpik 2020 tetapi ianya tetap cool!

Anda Mungkin Suka