Isu pembuangan sampah yang tidak boleh dikitar semula dari negara yang besar ke beberapa negara di Asia yang sedang membangun merupakan satu isu yang besar dan sensitif.

Malah, negara kita juga telah menghantar semula sisa sampah yang telah dibawa masuk ke negara kita secara haram ke negara asal mereka. Kemudian, Filipina juga bertindak memulangkan semula sampah yang dihantar ke negara itu ke negara asalnya.

pexels-photo
HYPE
3 Cara Pengguna unifi Boleh Dapatkan Penggunaan Wi-Fi Yang Lebih Baik
Baca lagi →
https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_9_3_5_9_21099539-1-eng-GB_3Z9A3577re

Sumber: Asia Nikkei

Saban tahun, beberapa negara Asia dijadikan gedung pembuangan sampah antarabangsa. Ini menunjukkan kebangkitan negara Asia bersuara dan mengambil tindakan mempertahankan hak dan menolak diperlakukan sedemikian rupa.

Akan tetapi, berbeza dengan negara Jepun apabila negara tersebut sekian lama telah memproses sampah menjadi sumber tenaga mereka. Untuk pengetahuan anda, Jepun telah menghasilkan tenaga dengan menggunakan sampah dari tahun 1960.

https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_0_9_5_9_21099590-1-eng-GB_3Z9A2693re

Sumber: Asia Nikkei

Menurut laporan Nikkei Asian Review, Menteri Alam Sekitar Jepun mengatakan bahawa Jepun akan tampil membantu negara jiran seperti Vietnam, Indonesia dan Filipina untuk menghapuskan sampah dalam negara mereka dan menyediakan dana sebanyak $18.49 milion untuk perkara tersebut.

Justeru itu, Jepun sangat mahir dalam teknologi dari bahan buangan kepada tenaga dan kini mempunyai hampir 380 pusat operasi. Akan tetapi, kos untuk teknologi ini agak mahal untuk diperluaskan di negara lain dan jika ada pihak melabur untuk kajian lebih lanjut, pastinya akan mempertingkatkan eksport teknologi ini di 10 negara lain menjelang 2023.

Anda Mungkin Suka