Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bermula 1 Mei ini, Jepun akan memulakan era imperial baharu yang dikenali sebagai ‘Reiwa’. Era Imperial baharu ini akan dipimpin oleh Putera Naruhito selepas ayahandanya, Maharaja Akihito turun takhta hujung bulan ini. Permulaan era imperial baharu ini sekaligus menandakan pengakhiran era ‘Heisei’.

‘Reiwa’ terhasil daripada gabungan 2 perkataan iaitu ‘Rei’ yang bermaksud bertuah dan ‘Wa’ yang bermaksud kedamaian dan harmoni telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga, yang menunjukkan papan aksara perkataan tersebut Isnin lalu. Perdana Menteri Shinzo Abe turut hadir pada majlis berkenaan.

ahiritew.jpg.transformed

shinzo abe

Nama imperial baharu tersebut telah dibincangkan beberapa bulan yang lalu yang melibatkan 9 orang cendikiawan sebagai ahli panel. Pengumuman nama baharu tersebut amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat negara matahari terbit itu.

Anda Mungkin Suka