Pada 1 April 2022, kami melaporkan bahawa Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan produk kewangan baharu iaitu skim pinjaman peribadi digital yang dikenali sebagai GOpinjam.

Skim pinjaman peribadi digital tersebut membolehkan pengguna yang layak boleh memohon pinjaman peribadi sehingga RM10,000 dengan ansuran fleksibel dari 1 minggu hingga ke 12 bulan.

Apa yang mengejutkan adalah kadar faedah tetap antara 8% sehingga 36% setahun bergantung kepada tempoh pinjaman. Kadar faedah yang agak tinggi mendapat perhatian ramai.

Menjengah ke ruangan komen perkongsian di page The Vocket, rata-rata netizen mengatakan ini adalah ‘jerat’ untuk orang ramai kerana boleh membuatkan mereka muflis jika tidak mampu membayarnya kelak.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berpendapat kadar interest yang dikenakan cukup tinggi dan akan memakan diri. Malah, rata-rata netizen turut menasihati anak muda agar tidak terpengaruh untuk membuat pinjaman yang mengamalkan riba.

Segelintir netizen juga berpendapat untuk membebankan diri sendiri dengan membuat pinjaman yang memiliki kadar interest tinggi. Untuk pengetahuan anda, CIMB e-Zi Tunai adalah produk perbankan konvensional dan tidak mematuhi Syariah.

Untuk ketahui lanjut tentang GoPinjam ini, klik sahaja pautan di bawah. 

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Sedia Tawarkan Skim Pinjaman Peribadi Mencecah RM10,000

KWSP Umum Butiran Penuh Permohonan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000