Seperti diramalkan, jerebu kembali menyelubungi Bandaraya Miri berikutan kebakaran 80 hektar belukar berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram sejak dua hari lalu.

Semakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bacaan IPU di institut berkenaan setakat 1 tengah hari ini adalah 299 iaitu paras tidak sihat manakala Miri pula mencatatkan paras sihat 42.

JEREBU kembali menyelubungi Bandaraya Miri berikutan kebakaran 80 hektar belukar berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram sejak dua hari lalu.
JEREBU kembali menyelubungi Bandaraya Miri berikutan kebakaran 80 hektar belukar berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, meskipun IPU di Miri mencatat paras sihat, namun bau asap akibat kebakaran belukar itu boleh dirasai di pusat bandar raya ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kong berkata pada masa ini kebakaran belukar masih dapat dikawal, bagaimanapun, angin kencang memberi cabaran besar kepada mereka.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dianggap baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

BACA: 7 Tip Pemakanan Sihat Semasa Jerebu Oleh KKM

Sumber