Apa yang menarik tentang budaya luar negara terutama di bandar-bandar Eropah ialah budaya berbasikal yang jarang kita dapat lihat di Malaysia. Berkemungkinan besar disebabkan faktor muka bumi dan cuaca di sini. Terbaru, Jerman telah membawa sistem lebuh raya ke tahap baru apabila membina lebuh raya untuk penunggang basikal.

Jerman sedang membina lebuh raya sejauh 100km untuk basikal saja, dan peminat basikal sudah boleh berbasikal di 5km pertama lebuh raya tersebut. Lebuh raya itu menghubungkan 10 bandar utama termasuk Duisburg, Bochum dan Hamm. Ia dibina bersebelahan landasan keretapi terbias di kawasan perindustrian Ruhr.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Menurut pihak yang bertanggungjawab, sekitar 2 juta orang yang tinggal di kawasan itu boleh menggunakan jalan tersebut, seterusnya mengurangkan penggunaan 50,000 kereta di atas jalan raya setiap hari. Brilliant!

Jerman membuka 5km pertama lebuh raya untuk basikal
bicycle-highway-autobahn-germany-21

Lebuh raya itu akan menghubungkan 10 bandar di bahagian barat
bicycle-highway-autobahn-germany-41

Sebahagian daripada jalan akan dibina diatas landasan keretapi terbiar
bicycle-highway-autobahn-germany-11

Lebuh raya itu akan memudahkan 2 juta orang berulang-alik
bicycle-highway-autobahn-germany-31

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka