Jersi ‘home’ yang akan digunakan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal telah tertiris dimana video yang bertemakan ‘Made in London’ memaparkan bekas penyerang prolifik kelab tersebut, Ian Wright sebagai naratif serta penampilan khas artis Hollywood, Idris Elba sebagai bintang tetamu.

Bermula saingan musim 2019/2020, Arsenal telah menandatangani perjanjian bernilai £300 juta bersama pengeluar pakaian sukan gergasi dari Jerman, Adidas dimana perjanjian selama 5 musim itu bernilai kira-kira £60 juta semusim. Kerjasama bersama Adidas ini mengakhiri kerjasama terdahulu bersama satu lagi pengeluar pakaian sukan gergasi, Puma yang ditandatangani pada musim 2014/2015.

Dalam video berdurasi dua minit itu, beberapa bintang utama The Gunners seperti Mesut Ozil, Sead Kolasinac, Alexandre Lacazette dan Hector Bellerin membuat penampilan. Meskipun keempat-empat pemain ini tidak berasal dari England, namun mereka menggunakan loghat London utara dalam video tersebut.

Idris Elba

Lebih menarik, adegan yang melibatkan Idris Elba dimana pemeran watak Heimdall dalam filem Thor:Ragnarok itu bercerita mengenai rekod jaringannya ketika beraksi bersama pasukan Canning Town Bawah 9 tahun dan beranggapan beliau boleh menjadi bintang bersama Arsenal.

Pihak Adidas dan Arsenal sendiri belum mengumumkan tarikh untuk para peminat di serata dunia mendapatkan jersi ‘home’ tersebut.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019, pasukan bimbingan Unay Emery itu menamatkan saingan di tangga ke-5 dan mara ke perlawanan akhir UEFA Europa League dimana mereka tewas kepada satu lagi kelab London, Chelsea.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →