Nigeria bukanlah negara favourite untuk menjulang Piala Dunia bulan hadapan tetapi Nigeria tetap menjadi perhatian di Piala Dunia. Walaupun masih belum Piala Dunia, jersi rekaan Nike yang akan dipakai oleh pasukan Nigeria sedang laku keras.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Untuk tujuan pemasaran dan jualan, hanya kuantiti kecil dihasilkan untuk dipakai oleh atlet dan beberapa artis ternama yang berdarah Nigeria (antaranya Tinie Tempah). Secara tiba-tiba, tempahan untuk jersi pasukan The Super Eagles ini meningkat naik.

Doing up life. That’s all I really care about right now.

A post shared by Tinie Tempah (@tiniegram) on

Rekaan jersi ini diambil inspirasi daripada jersi pasukan Piala Dunia Nigeria tahun 1994. Coraknya yang menarik menjadikan baju ini lebih cantik dan lain daripada yang lain. Menurut persatuan bola sepak Nigeria, mereka sudah menerima tempahan hampir 3 juta helai dari seluruh dunia.

Nike tidak mengesahkan lagi jumlah permintaan rasmi untuk jersi terbaru Nigeria ini tetapi jika benar, memang hebat sekali jersi Nigeria ini. Ianya dijual pada harga USD85 (RM338+-). Jersi negara mana pula yang menjadi pilihan anda?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group