Adakala menjadi sesuatu yang sukar untuk seseorang individu untuk bekerja diluar kawasan serta mendapatkan rangkaian internet berkelajuan tinggi yang stabil. Masalah ini nampaknya sering terjadi apabila anda ke sesebuah tempat yang baru atau dikawasan dimana rangkaian internet setempat kurang memuaskan.

Menyedari masalah yang terjadi ini telah mendorong mereka yang sering bekerja diluar kawasan atau lebih dikenali dengan nama digital nomad untuk memilih kawasan bercuti yang menyokong internet berkelajuan tinggi.

Antara tempat yang sering menjadi pilihan sudah pastinya Bali namun mungkin ramai yang tidak tahu kini para digital nomad berpeluang merasai pengalaman yang sama di Langkawi. Berbincang mengenai Langkawi, difahamkan kini cuma terdapat sebuah sahaja coworking space yang ditawarkan buat badawi digital atau digital nomad diluar sana iaitu Jetpack Langkawi.

Bagi mengetahui sejauh manakah Jetpack Langkawi mampu menawarkan fasiliti buat para pengguna, kami sempat ke Jetpack Langkawi untuk merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan. Berikut merupakan ulasan kami mengenai Jetpack Langkawi.

Jetpack Langkawi

29060481_2112146732136699_3144809896057843933_o

Secara asasnya, Jetpack Langkawi merupakan sebuah pejabat khusus buat digital nomad menjalankan kerja dengan kondusif dengan penawaran internet berkelajuan tinggi.

Selain itu, penawaran tempat yang luas dan tempat duduk yang banyak antara yang membuatkan pejabat terbuka ini menjadi pilihan buat syarikat-syarikat menjalankan seminar atau bengkel. Difahamkan pejabat ini mampu menampung sehingga 30 peserta dalam suatu masa.

Dari segi persekitaran, Jetpack Langkawi terletak di Telaga Walk yang cuma 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan cuma 25 minit dari Jeti Langkawi. Para pengunjung juga berpeluang menghubungi pihak Jetpack Langkawi sekiranya anda memerlukan khidmat kenderaan.

Sebuah lagi perkara yang awesome serta pada kami sangat memudahkan adalah Jetpack Langkawi turut menawarkan chalet berdekatan pejabat. Dalam erti kata lain, anda boleh berulang alik ke Jetpack Langkawi serta ke chalet dengan jarak sejauh 200 meter sahaja.

Melihat kepada kewasan persekitaran, tidak mengejutkan untuk mengetahui mengapa Jetpack Langkawi menjadi pilihan pengunjung khususnya mereka yang datang dari Eropah untuk tempoh yang lama sehingga dua ke tiga bulan. Restoran dan gerai makanan juga sangat berdekatan dengan Jetpack.

Turut menawarkan pakej lain buat para pelancong

thumb_IMG_0018_1024

Pasti membosankan bukan sekiranya sekadar bekerja sepanjang hari. Dalam menawarkan pengalaman sesuatu yang baru khususnya buat para pelancong, Jetpack Langkawi turut menwarkan beberapa pakej buat para digital nomad mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keindahan Langkawi.

Disini, anda berpeluang merasai pengalaman menaiki e-bike yang dimiliki khas oleh Jetpack Langkawi. Dengan harga penawaran serendah RM40 selama satu jam, pada kami ianya sangat berbaloi. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan servis tour guide untuk melihat dengan lebih lanjut keindahan kampung serta sawah padi. Buat kaki Instagram, ini antara tempat unik yang boleh anda lawati.

42978776_10155459554225946_2421061747516375040_o

42421137_10155444876115946_2298119489784381440_n

thumb_IMG_0020_1024

Bukan itu sahaja, para pengunjung yang meminati sukan ekstrim atau ingin mencuba berkayak berpeluang mendapatkan pakej ini dengan tawaran menarik melalui Jetpack Langkawi dengan kerjasama Xtreme Langkawi.

Aktiviti kayak yang dijalankan selama satu jam empat puluh lima minit ini bakal membawa anda menjejaki keindahan paya bakau di Pulau Langkawi. Pada kami, ianya sebuah pengalaman yang unik. Tidak mengejutkan ramai pelancong dari Eropah sangat menyukai pengalaman berkayak di Langkawi. Anda boleh klik disini untuk melihat review daripada para pelancong.

Harga yang ditawarkan

38235105_2329195113765192_7654267088868999168_n

Menyoal dari segi harga, Jetpack Langkawi turut menawarkan pakej istimewa buat mereka yang ingin menetap dalam masa singkat dimana anda berpeluang menginap di chalet yang dilengkapi pengahawa dingin serta katil queen dan kelengkapan bilik air dengan harga RM135 sahaja untuk 2 malam. Bukan itu sahaja, akses untuk ke pejabat menikmati internet 100Mbps pula ditawarkan secara percuma. Menarik bukan?

Buat anda yang mahu menginap dalam tempoh yang panjang sepertimana mereka kebanyakan pelanggan Jetpack yang hadir daripada Eropah, anda mampu berurusan secara terus kepada pihak Jetpack Langkawi dengan klik disini. Difahamkan harga yang menarik serta keselesaan antara yang diutamakan Jetpack. Untuk makluman lanjut mengenai coworking space yang cool ini anda boleh layari laman Facebook dan Instagram Jetpack Langkawi.