Jho Low kini menjadi buruan pihak berkuasa dan kini kesnya telah dihadapkan ke mahkamah selepas dituduh menyeleweng berbilion ringgit daripada 1MDB.

Menerusi perbicaraan yang sedang dijalankan, ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel sebanyak $20 juta (~RM88.6 juta) untuk bergambar dengan bekas presiden AS, Barack Obama pada tahun 2012 lalu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: CNN

Menurut Bloomberg, Michel memberitahu mahkamah bahawa beliau diupah oleh Jho Low sebagai ‘pembantu selebriti’ yang mempunyai akses kepada majlis makan malam kutipan dana Obama di Washington DC.

Michel berkata reputasi Jho Low “terlalu panas” untuk mendapat jemputan, tetapi dia sanggup mencuba dengan bayaran.

Sumber Gambar: The Star

“Saya pada dasarnya meminta $1 juta (~RM4.4 juta) untuk mula memikirkan bagaimana saya akan mendapatkan gambar ini,” katanya kepada mahkamah, ketika disoal peguamnya.

Akhirnya, Jho Low membayar Michel $20 juta (~RM88.6 juta) dalam tempoh sembilan bulan sebagai bayaran gambar dia diapit oleh Obama dan isterinya Michelle di hadapan pokok Krismas.

Sumber Gambar: Spiegel Thema

Pada Julai 2012 lalu, Michel terlibat dalam satu lagi kutipan derma untuk Obama di Miami, Florida di mana penyertaan adalah AS$40,000 (~RM177,260) sekepala tetapi tidak berjaya meyakinkan pasukan kempen Obama untuk menjemput Jho Low.

Sebaliknya, bapa Jho Low – Larry Lau Hock Peng duduk di sebelah Obama pada satu ketika semasa acara itu. Menjelang 2012, Jho Low telah pun mendapat reputasi berparti dengan selebriti seperti Paris Hilton.

Malah, Michael menyifatkan dana yang diterima daripada Low itu sebagai “wang percuma”. Jadi, beliau boleh membelanjakan wang tersebut sesuka hati dan bukan seperti dakwaan yang mengatakan ia sebagai sumbangan politik.

Dalam masa yang sama, Michel dituduh bersubahat bersama Low dalam tiga skim, dengan pendakwa raya mendakwa dia dibayar berjuta-juta ringgit.

Dalam pertuduhan pertama, pendakwa mendakwa Michel melanggar undang-undang pilihan raya persekutuan dengan menyalurkan kira-kira $2 juta (~RM8.8 juta) daripada Low ke tabung kempen Obama 2012 dan menyembunyikan sumber dana itu atas nama orang lain.

Michel juga dituduh cuba meyakinkan Jabatan Kehakiman era Trump untuk menggugurkan siasatan sivil dan jenayah terhadap Low berhubung skandal 1MDB, selain cuba melobi AS bagi pihak China untuk menghantar ahli perniagaan China, Guo Wengui pulang ke negaranya.