Atlet bela diri campuran, Hayatun Najihin Radzuan atau Jihin Radzuan,19 berjaya melakar sejarah bagi dirinya setelah berjaya menewaskan lawan dari India, Puja Tomar dalam kejuaraan One Championship baru-baru ini.

ONE-Jihin-Radzuan-2-1024×682

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jihin atau nama pentasnya, ‘Shadow Cat’ berjaya menumpaskan lawannya yang terpaksa menyerah kalah pada minit ke 2:23 selepas melakukan submission yang disaksikan oleh penonton di Axiata Arena, Kuala Lumpur. Beliau yang baru pertama kali membuat kemunculan di pentas tersebut mempunyai pengetahuan dalam Muay Thai.

28701168_10208670467558902_7805708294585486233_o

Atlet bela diri campuran yang berasal dari Johor ini sebelumnya berbalas tumbukan dan berkali-kali mencuba untuk menjatuhkan lawannya ke lantai. Beliau yang kemudiannya berjaya mendapatkan kesempatan, tanpa lengah terus membuat triangle choke pada lawannya yang membuahkan hasil apabila lawannya menyerah kalah.

Berikut kami sertakan video perlawanan penuh Jihin Radzuan menentang Puja Tomar. Tahniah Jihin!

https://www.youtube.com/watch?v=yEQ0riMkH8M