Sedia maklum, kini sudah banyak kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah lengkap menerima vaksin dan pelbagai aktiviti turut dibenarkan di kawasan PKP fasa 1 termasuk berpiknik di tepi pantai.

Dalam satu perkongsian di group Facebook Banting, beberapa keping gambar memaparkan keadaan tandas awam yang baru dibuka di Pantai Morib, Selangor. Apa yang mengejutkan adalah tandas awam tersebut telah dicemari dengan sampah ditinggalkan oleh pengunjungnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2021-09-03 at 3.29.06 PM

Difahamkan, tandas awam tersebut baru sahaja siap dibina dan dibuka kepada umum. Dapat dilihat pampers ditinggalkan begitu sahaja tanpa dimasukkan dalam tong sampah atau dibawa pulang.

Lantaran itu, rata-rata netizen mengecam tindakan pengguna tandas awam yang tidak bertanggungjawab dan tiada kesedaran sivik. Malah, para netizen turut mengatakan sikap tidak bermoral itu menunjukkan masih ada individu memiliki mentaliti kelas ketiga.

Screenshot 2021-09-03 at 12.45.58 PM

Screenshot 2021-09-03 at 12.46.34 PM

Screenshot 2021-09-03 at 12.47.02 PM

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan pengunjung yang bertindak meninggalkan sampah seperti itu adalah pengotor dan tidak guna jika tandas cantik dibina tetapi tidak dijaga sebaiknya.

Malah, rata-rata netizen turut memberi cadangan agar pihak berkuasa meletakkan CCTV supaya kejadian seperti ini tidak berulang. Apakah pendapat anda mengenai tindakan segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini?

Tahukah anda bahawa Taman Tasik Titiwangsa turut pernah berdepan perkara sama apabila diceroboh dan sampah dibuang merata-rata oleh pengunjungnya? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Belum Dibuka Kepada Umum, Taman Tasik Titiwangsa Sudah Mula Diceroboh Dan Dirosakkan?

Belum Seminggu Dirasmikan, Pengunjung Jadikan Arca Penyu Di Melaka Sebagai Meja Piknik