Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini, pernah tular trend memberikan hadiah ‘rare’ kepada pasangan pengantin daripada kawan-kawan terdekat seperti tong gas, mop, joran dan sebagainya.

Terbaharu, tular sebuah video TikTok yang dikongsi semula pengguna Twitter @MalaysiaVirall memaparkan situasi di majlis perkahwinan dimana kawan-kawan pengantin memberikan hadiah tidak senonoh kepada pengantin.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kawan-kawan pengantin secara bergilir-gilir memberikan hadiah iaitu kondom kepada pengantin lelaki di atas pelamin ketika majlis. Malah, pengantin wanita masih tersenyum menahan malu apabila melihat hadiah tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan tindakan rakan-rakan pengantin itu. Malah, para netizen melabelkan perbuatan rakan-rakan pengantin tidak menghormati pengantin kerana memberikan ‘hadiah’ seperti itu.

Bukan itu sahaja, para netizen berpendapat tidak seharusnya ini terjadi kerana ia memalukan pihak pengantin dan pasti ramai tetamu serta keluarga menyaksikan tindakan mereka.

Sementara itu, jika tak tahu mahu beri hadiah perkahwinan, kami kongsikan senarai barangan yang anda boleh beri pada pautan di bawah.

Ini Idea Hadiah Perkahwinan Yang Berguna Untuk Pengantin

Hadiah Kahwin Unik Dan Penuh Makna Daripada Seorang Pakcik