Mulai menyerang dunia pada tahun lalu, pandemik yang memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dan ekonomi dunia ini nampaknya dijangka bakal dapat disekat melalui penawaran vaksin yang menyeluruh tidak lama lagi.

Dalam pada itu, kehadiran vaksin daripada beberapa syarikat pengeluar nampaknya masih diragui beberapa pihak memandangkan vaksin yang ditawarkan masih belum dibuktikan mampu menawarkan keberkesanan secara menyeluruh buat orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara yang mencuri perhatian dunia pada ketika ini sudah pastinya kenyataan terbaru daripada Presiden Brazil iaitu Jair Bolsonaro.

https://twitter.com/SamPancher/status/1339704422201483270?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1339704422201483270%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Findianexpress.com%2Farticle%2Ftrending%2Ftrending-globally%2Fbrazil-president-bolsonaro-covid-vaccine-can-turn-people-into-crocodiles-reactions-jacare-memes-7111095%2F

Beliau yang sebelum ini pernah disahkan positif COVID-19 dan sembuh daripada wabak merbahaya ini turut memberi amaran kesan sampingan vaksin dengan mengatakan beliau tidak bertanggungjawab sekiranya rakyatnya bertukar menjadi buaya selepas mendapatkan vaksin daripada Pfizer ini.

Tambahnya lagi, beliau yakin mungkin ada antara individu yang bakal melabelkan beliau seorang yang bodoh berikutan kenyataan yang dibuat. Walau bagaimanapun, beliau yakin sekiranya antibodi yang terdapat dalam badannya sudah mencukupi, mengapa perlu beliau dapatkan vaksin untuk sembuh daripada wabak ini.

BRAZIL-HEALTH-VIRUS-BOLSONARO-RALLY
Sumber: CNN

Untuk pengetahuan, presiden Brazil, Jair Bolsonaro merupakan seorang presiden yang tidak percaya dengan kehadiran wabak COVID-19 yang melanda. Lebih ‘pentingkan’ rakyat dan ekonomi, beliau sebelum ini pernah turun demonstrasi pada April lalu untuk bersama rakyat menghalang perintah lockdown yang dijalankan di negara itu.

Dalam pada itu, meskipun diketuai oleh seorang presiden yang menolak vaksin, Brazil masih lagi menawarkan vaksin percuma buat rakyat Brazil yang mahukannya.

Beliau juga turut memecat menteri kesihatan Brazil kerana menjalankan perintah lockdown. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tindakan yang dijalankan presiden yang dianggap sangat ‘gila’ ini.

Presiden Brazil Pecat Menteri Kesihatan Kerana Menjalankan Perintah ‘Lockdown’

Tidak Mahu Ekonomi Terjejas, Presiden Brazil Sertai Demonstrasi Halang Perintah ‘Lockdown’

Sering Bantah Perintah ‘Lockdown’, Presiden Brazil Disahkan Positif COVID-19