Pernah tak anda terfikir bahawa penciptaan smartphone ini hanya merenggangkan lagi ukhwah dan silaturrahim sesama kita?

Sekarang ni, kalau buat meetup pun pastinya setiap orang akan utamakan smartphone daripada berbual sesama sendiri. Mereka lebih rela dan sudi menghadap smartphone daripada bertanya khabar secara berdepan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kesudahannya, bila balik nanti baru sibuk-sibuk nak Whatsapp, WeChat, Telegram bertanya perkembangan semasa.

Like hello, kita baru bertemu 30 minit yang lalu bukan? Kenapa tak lontarkan soalan ketika itu?

Namun, itulah realiti kehidupan masakini. Ia menyedihkan kerana manusia semakin tidak menghargai hubungan yang sebenar dan lebih suka berinteraksi di media sosial tanpa mahu berhadapan secara face-to-face.

Kami akui, kami juga kadang-kadang selesa begitu tetapi hal sebegini perlu dibendung segera sebelum melarat. Apa salahnya sewaktu meluangkan masa bersama, kita abaikan sebentar smartphone dan fokus kepada siapa yang berada bersama kita ketika itu?

Hargai hubungan yang kita miliki sebelum terlambat. Dan itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Babycakes Romero dalam setiap gambar yang dirakamnya. Saksikanlah.

DOC11

DOC00

DOC01

DOC02

DOC03

DOC04

DOC05

DOC06

DOC07

DOC08

DOC09

DOC10

Sumber: Bored Panda

Like The Vocket di Facebook.