Baru-baru ini Ifa Raziah dan Baby Shima ada mengeluarkan kenyataan menyindir para agamawan kerana tidak menegur atau mengambil peduli tentang isu kelompok para agamawan.

Kedua-dua mereka mempersoalkan mengenai agamawan yang sebelum ini begitu lantang menegur para selebriti dengan pelbagai isu terutamanya mengenai pakaian selebriti perempuan yang terdedah di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terpalit dengan isu itu, seorang penceramah Da’i Fuad telah tampil memberi kenyataan menerusi satu video akaun TikTok miliknya semalam.

@daifuadmokhtar

semoga kebenaran terungkai, buat sebab Allah #buatsebaballah

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

“Para agamawan sememangnya tidak menyokong sebarang aktiviti tidak bermoral seperti pedofilia dan saya berharap mana-mana agamawan yang bersalah akan dijatuh hukuman yang setimpal,” jelas Da’i Fuad.

Sementara itu, dia juga mengatakan sekiranya mana-mana sesuatu isu menjadi kes undang-undang, para agamawan tidak boleh berkata apa-apa dan hanya akan berdiam.

Malah, dia memberikan gambaran yang lebih jelas, jika suatu hari nanti Baby Shima dan Ifa Raziah ditahan atas satu kesalahan, para ustaz ini juga akan berdiam dan tutup mulut kerana hormati undang-undang.

Kebanyakan netizen bersetuju dan menyokong kenyataan dari Da’i Fuad serta memberi respon positif menerusi TikToknya.

Sesetengah orang meluahkan rasa sedih kerana para agamawan sekarang sering mendapat kecaman dan dikritik oleh netizen di sosial media.

Ada juga yang bersetuju dengan tindakan agamawan yang tidak mahu masuk campur kes pendakwah yang berdepan tuduhan dan biarlah pihak mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah kepada individu dan bukannya masyarakat.