Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kerap kita lihat video kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal yang tular di media sosial. Biasanya kemalangan tersebut disebabkan oleh pemandu lain yang tidak peka dengan kehadiran motosikal.

Kadangkala, walaupun kita berada di jalan yang dikhaskan untuk motosikal sekalipun, ada pula kereta muncul secara tiba-tiba.

Keselamatan jalan raya adalah perkara paling utama yang anda perlu ambil berat sebelum menuju ke destinasi. Dengan cara ini, anda bukan sahaja melindungi diri anda, malah menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain di sekeliling anda.

Selain daripada kita mengambil langkah keselamatan seperti memakai helmet dan memakai jaket dengan betul, anda perlu pastikan bahawa keselamatan diri anda semasa berada di jalan raya sentiasa dilindungi.

Terbaharu, dengan rasa tanggungjawab, Kurnia Insurans tampil dengan satu cara unik bagi melindungi penunggang motosikal di Malaysia iaitu perlindungan insurans motorcycle365 Comprehensive Plus.

Kenapa saya perlu ada Insurans tambahan?

Disebabkan kemalangan adalah sesuatu yang memang kita tidak dapat jangka, keperluan untuk mempunyai perlindungan insurans memang sangat penting.

Kebanyakan penunggang motosikal adalah individu yang terdedah kepada bahaya apabila mereka berada di atas jalan raya. Faktor jalan yang tidak diselenggara dengan baik serta sikap pemandu kenderaan lain yang leka, sedikit sebanyak menyumbang kepada kemungkinan kemalangan boleh berlaku.

Bagi menjamin jalan raya selamat dan selesa digunakan oleh semua pengguna, kerajaan telah memperuntukkan akta dan peraturan-peraturan lalu lintas jalan raya untuk dipatuhi oleh setiap pengguna jalan raya.

Selain itu, kewajiban yang ditetapkan kerajaan untuk mempunyai perlindungan insurans adalah perkara yang perlu disambut baik kerana ia akan memberi manfaat kepada kita. Anda perlu ingat bahawa kecuaian di jalan raya boleh mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan harta benda, kecederaan atau kematian.

Sebagai pengguna yang bijak, kita hendaklah sentiasa mengikut peraturan, bersifat sabar, bertolak ansur, bertimbang rasa dan sentiasa berwaspada pada setiap masa bagi menjamin keselamatan diri dan semua pengguna jalan raya.

Kena sentiasa ada ‘Backup’

Disebabkan itu, Kurnia Insurans yang berpegang dengan slogan ‘Membantu Malaysia Menjadi Lebih Selamat’ telah tampil dengan kempen OK Tak OK dan Aku Ada Backup. Ia adalah kempen dengan tujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan penunggang motosikal.

OK Tak OK adalah ungkapan yang sering digunakan oleh penunggang motosikal di Malaysia ketika mereka berbual antara satu sama lain. Ia adalah simbol persaudaraan atau ‘brotherhood’ dan keprihatinan yang ditunjuk oleh sesama penunggang motosikal.

Selari dengan ungkapan itu, produk motorcycle365 Comprehensive Plus tampil menawarkan perlindungan bagi semua penunggang motosikal. 

Tambahan daripada itu, Aku Ada Backup adalah bertujuan untuk menunjukkan kesedian Kurnia untuk membantu anda ketika berada dalam kesusahan. Ia adalah cara untuk Kurnia menunaikan janjinya bagi memastikan bahawa anda selamat di jalan raya 365 hari setahun!

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi ejen-ejen Kurnia yang berdekatan anda pada bila-bila masa sahaja.

Jadi, ketika orang bertanyakan kepada anda “Kau OK Tak OK?”, dengan senang hati anda boleh menjawab “Aku OK, Aku Ada Backup.”

KAMI PASTI OK!

Bersempena dengan pelancaran produk baru, Kurnia Insurans juga sedang mengadakan pertandingan yang dinamakan KAMI PASTI OK! Ia memberi peluang kepada pemegang polisi untuk memenangi hadiah-hadiah hebat.

Berikut adalah cara untuk menyertai peraduan KAMI PASTI OK!

  1. Beli polisi insurans motorcycle365 Comprehensive Plus
  2. Lengkapkan slogan “AKUOK_ <NOMBOR IC> _Kami pasti OK kerana…” (Tidak melebihi 15 patah perkataan) dan SMS ke 66300 – (Contoh: AKUOK99112112222 Kami Pasti OK kerana Kurnia melindungi kami 365 hari setahun!)
  3. Slogan terbaik akan dipilih setiap minggu

Melalui pertandingan ini, anda bakal memenangi hadiah utama berupa motosikal jenama Yamaha Y15ZR bernilai RM10,500!

Bagi hadiah mingguan pula, anda bakal memenangi topi keledar motosikal bernilai RM150, kunci jenama Finland Shield yang bernilai RM300, rangka plat nombor bernilai RM50 atau baucar petrol dari RM20.

Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan perlindungan Motorcycle365 Comprehensive Plus dan berpeluang memenangi hadiah menarik!

Ini antara contoh kemalangan melibatkan motosikal yang boleh berlaku tanpa dijangka di Malaysia. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tiba-Tiba Keluar Dari Terowong, Lihat Aksi Berbahaya Kereta Ini Melawan Arus Di Lorong Motosikal

Tular Video Penunggang Motosikal Terlibat Dua Kemalangan Dalam Satu Masa

Padah Curi Motosikal Dengan ‘GPS Tracker’, Pencuri Berjaya Diberkas Selepas Hanya 2 Jam