Sebelum ini, kita selalu disogok dengan cerita bagaimana batu asteroid yang jatuh ke bumi dijual pada harga yang tinggi atau tanah dari Bulan yang dikatakan mampu mencecah jutaan ringgit. Namun, pernahkah anda terfikir, jika Bumi ini dijual, berapakah harganya?

Melihat kepada sumber bumi dan pelbagai fungsi yang ditawarkan kepada manusia, ia boleh dikatakan sebagai sesuatu yang terlalu berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Bagaimanapun, bagi para saintis, mereka berjaya mencari formula untuk mengira berapakah kos Bumi jika ia dijual.

Melalui laporan yang dikongsikan di Treehugger, seorang penolong profesor astronomi dan astrofizik dari University of California, Greg Laughin telah mengembangkan satu formula untuk mengetahui harga sebenar Bumi.

Dia menganggarkan bahawa planet tempat manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup ini boleh dibeli dengan harga USD$ 5,000,000,000,000,000 atau 5 quadrillion dolar Amerika Syarikat (sekitar RM20,355,538,058,499,996.00).

Harga ini dinilai berdasarkan kualiti planet Bumi. Ini dapat dilihat dari jisim planet, suhu, usia, dan faktor-faktor lain yang secara langsung menyumbang kepada kemampuannya untuk kehidupan. Semakin tua bintang, semakin tinggi nilalnya.

Laughlin juga telah membandingkan harga Bumi dengan planet lain di sistem suria kita.

Katanya, nilai pasaran planet Marikh hampir sama dengan harga kereta terpakai iaitu pada USD$ 16,000 (sekitar RM65,000). Manakala Venus, planet yang berada dekat dengan Matahari pula dinilai berharga hanya satu sen.

Laughlin dalam kenyataannya berkata bahawa dia tidak mahu nombor ini diperdebatkan. Dia hanya berharap agar manusia lebih menghargai dan menjaga satu-satunya rumah yang mereka ada, iaitu Bumi.

“Formula ini membuat anda menyedari betapa berharganya Bumi dan saya harap ia dapat membantu kita sebagai masyarakat untuk melindungi apa yang kita miliki,” kata Laughlin.

Terdahulu, NASA dilaporkan sedang mengkaji asteroid gergasi yang bernilai tinggi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000

Dua Pelajar Berusia 14 Tahun Dedah Ada Asteroid Yang Sedang Dekati Bumi

Netizen Risau Asteroid Gergasi Bakal ‘Menghentam’ Bumi Esok, NASA Minta Semua Bertenang

Anda Mungkin Suka