Kalau sebut saja nama Jessica Alba, kami akan teringat karekter beliau sebagai Invisible Woman dalam filem Fantastic Four.

Beliau juga pernah datang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran filem The Sleeping Dictionary di sekitar Sarawak suatu ketika dahulu.

Okay, filem-filem lakonan Jessica Alba mungkin anda boleh Google kemudian sebab kali ini kami nak kongsi apa yang dilakukan oleh beliau jika jika tidak menjalani penggambaran filem atau siri TV.

Apa yang beliau lakukan ialah membangunkan bisnes yang beliau asaskan bersama rakan-rakan kongsi sejak tahun 2011 iaitu The Honest Company (Honest Co.).

Honest Co. ialah sebuah startup yang memfokuskan kepada produk mesra alam untuk kegunaan bayi dan rumah seperti lampin, losyen mandian, pakaian, pencuci serba guna dan sebagainya.

Difahamkan lebih 80% jualan Honest Co. adalah secara dalam talian manakala selebihnya datang dari jualan di gedung-gedung serbaneka.

Jom tengok cubicle Jessica Alba dalam video di bawah. Pink sangat…

Like page The Vocket di Facebook

Kredit foto: Business Insider

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group