1. Travel waktu penghujung musim luruh (autumn).

Waktu dah nak masuk Musim sejuk. Tiket kapal terbang murah waktu ni.

Hujung-hujung November, awal-awal Disember.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Travel guna public transport dari Utara ke Selatan.

Tak perlu charter satu bas atau sewa kereta. Kemudahan transitnya adalah kelas pertama.

3. Dapatkan travel insurance sepanjang kita berada di Jepun.

Kos perubatannya tinggi namun ada beberapa perkara yang dilindungi insurans seperti kemalangan, masuk hospital, kecederaan kekal.

Periksa balik sama ada travel insurance cover flight delay dan jika beg hilang.

4. Tukar duit siap-siap di Malaysia.

Agak-agak nak belanja banyak, lebih baik tukar di Malaysia. Sempatlah nak survey tengok yang mana murah.

Kalau tukar di airport atau di Jepun memang confirmlah mahal (sedikit).

Kalau tukar seratus dua tak nampak beza. Tapi tukar dua tiga ribu jenuh juga nak bayar beza casnya.

5. Duduk homestay rumah 2 bilik ramai ramai.

Di Jepun sepatutnya satu rumah boleh duduk 4 orang je. Anak diorang pun sikit — 2 orang je.

Kalau dah sewa homestay boleh duduk 10 orang. Tapi kena pandai-pandai cover line seperti tak bising macam orang Malaysia haha.

Pastu keluar awal pagi dan baliklah tengah malam.

Pukul 8 pm mereka semua dah tidur. Balik pun toksah dok hingaq la weh.

Senyap-senyap tanggal kasut naik tangga apartment.

6. Masak di homestay.

Homestay biasanya ada dapur.

Beli beras, telur, minyak dan masak sarapan pagi sendiri atau bawak bento (bekalan) untuk berjalan nanti.

Tak payah singgah makan mana mana. Itu kalau nak jimat. Tapi kalau nak juga makan di luar, tiada siapa mampu menghalangnya.

7. Basuh baju sendiri.

Duduk homestay ada mesin basuh. Bacalah tulisan Jepun itu dan basuh baju serta sidai sebelum keluar berjalan.

Baju yang kita bawa pun bukan tebalkan. Nipis-nipis jah jadi senang kering.

8. Sewa wireless broadband.

Sampai-sampai Jepun tak payah beli simcard Negara Matahari Terbit. Terus aktifkan wireless broadband dan update status eh.

Sehari fees wireless broadband dalam RM30 kongsilah guna 10 orang. Baru RM3 seorang. Lepastu call sesama sendiri guna WhatsApp dan FB Messenger.

Dalam train, kat kedai souvenir pun sekarang dah ada wireless disediakan.

9. Beli air mineral dan minum air itu sahaja.

Haha gile kemut.

Iyelah kut-kut teringin teh tarik ke, kat luar Malaysia lah teh tarik jadi RM15. Kalau nak minum juga, tak dapatlah menghalangnya.

Namun dengan usaha minum air kosong sahaja ia dapat membantu.

10. Jangan beli souvenir di sana.

Satu t-shirt Jepun dah RM50 lebih kurang. Keychain dalam RM20.

Kalau nak murah beli souvenir di Daiso baru 100 Ýen = lebih kurang RM3.70.

Boleh beli untuk satu kampung.

Itu cadangan sahaja tau. Kata pun nak jimat.