Sebelum ini, Rapid KL telah perkenalkan pas tanpa had MY50 dimana para pengguna dapat menggunakan perkhidmatan kendalian Rapid KL tanpa had iaitu LRT, MRT, Monorel, BRT, bas RapidKL dan bas perantara MRT, tanpa had selama 30 hari.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Terbaharu, Rapid KL kini menawarkan pas MyCity tanpa had dengan harga RM5 untuk pas 1 hari dan juga pas 3 hari dengan harga RM15 sahaja. Para pembeli pas MyCity ini juga dapat menggunakan kesemua perkhidmatan kendalian Rapid KL tanpa had selagi pas itu aktif.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, pas MyCity ini hanya tersedia untuk warganegara Malaysia sahaja. Anda boleh dapatkan pas ini dimana-mana kaunter di stesen dan membuat pembelian anda dengan mempamerkan kad pengenalan anda di kaunter.

Hanya perlu memastikan baki kad Touch n Go anda mempunyai minimum RM15 kerana RM5 akan ditolak secara automatik melalui kad anda. Jika anda tiada kad Touch n Go, anda boleh sahaja gunakan kad pengenalan anda. Mudah dan berbaloi, bukan?

Sementara itu, kami kongsikan aktiviti yang anda boleh lakukan di Kuala Lumpur pada pautan di bawah. 

5 Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sepanjang ‘Staycation’ Di Kuala Lumpur

5 Aktiviti Menarik Di Kuala Lumpur Yang Bagus Untuk Perkembangan Minda Anak-Anak Anda