Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja Kenny Roger semestinya anda sudah terbayang rasa dan aroma ayam panggangnya.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @bellaTutulip telah berkongsi resipi ayam ala Kenny Roger yang mudah untuk anda cuba. Sudah bersedia? Jom kita mulakan!

Bahan-bahan yang diperlukan untuk 1kg ayam:

2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia 1 kiub ayam Knorr atau Maggi, 2 sudu serbuk lada hitam, 1 senduk kecil sos black pepper, Sunquick 1 sudu makan, garam 1 sudu teh, gula 1 sudu makan dan air 100ml.

Bahan perapan:

2 sudu madu, 3 sudu minyak zaitun, 1 sudu besar mixed herbs dan 1 sudu besar parsley.

Cara-cara membuatnya:

1. Kisarkan 2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia 1 kiub ayam Knorr atau Maggi, 2 sudu serbuk lada hitam, 1 senduk kecil sos black pepper, Sunquick 1 sudu makan, garam 1 sudu teh, gula 1 sudu makan dan air 100ml.

2. Kemudian, campurkan bahan yang dikisar dengan bahan perapan.

Er3LfeaU0AAklyl

Er3NKM4U0AI0KAp

3. Selepas itu, gaul rata atas ayam dan juga dalam ayam bagi perasa meresap serta perap selama 2 jam.

4. Bakar ayam dalam sejam dengan suhu 180-200 celcius untuk oven kecil.

Er3KqjWVEAA5S65

Er3NNv5VQAEWIcU

5. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.

5. Kemudian siap dan boleh dihidang makan bersama keluarga.

Mudah sahaja untuk buat ayam ala Kenny Rogers ini. Disamping boleh berjimat, anda dapat menikmati hidangan yang enak bersama keluarga. Jom kita buat bersama!

Untuk lebih resipi menarik, anda boleh klik pautan di bawah ini.

Lebih 86K ‘Shares’, Ini Resipi Mee Champa Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

Jadi Kegilaan Netizen, Ini Resipi Mudah Dan Sedap ‘Korean Garlic Cheese Bread’ Untuk Anda Cuba

Resipi Mudah Pizza Guna Roti Gardenia Yang Sedap Anda Wajib Cuba Ini Raih Lebih 1.2K ‘Shares’

Anda Mungkin Suka