Jenama kasut milik usahawan terkenal dari Malaysia Datuk Jimmy Choo sekali lagi menampilkan keunikan khas pertama kalinya diperkenalkan di dunia. Melalui rekaan but terbaharu syarikat tersebut, Voyager Boots tampil dengan keunikan dengan teknologi yang hebat.

Jika dilihat dari luaran but ini nampak biasa sahaja seperti but yang lain tetapi rekaan dalamannya menjadikan but ini sebagai but yang paling hebat kerana but ini boleh menghasilkan haba yang boleh dikawal melalui telefon pintar. Rekaan cool ini sangat bertepatan dengan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

jimmy choo

jimmy-choo-voyager3

Keluaran edisi ‘Voyager’ ini akan dijual dengan dua warna iaitu putih untuk wanita dan hitam untuk lelaki. Bukan sahaja boleh mengawal haba but melalui aplikasi khas, teknologi but ini juga membolehkan pengguna untuk merekod jumlah langkah.

Jimmy-Choo-1-horz

But ini boleh didapati melalui belian di laman web Jimmy Choo dengan harga €1450 (±RM6900) sahaja. Semestinya harga yang premium untuk sebuah inovasi yang baru.