Kisah mengenai βkezalimanβ lelaki mendera isterinya sendiri tersebar apabila seorang gadis dikenali Miss Dayah memuat naik dua video di TikTok miliknya.
Menurutnya, beliau mendakwa kejadian seumpama ini sudah berlaku berulang kali dan dirinya pernah menjadi saksi melihat wanita berkenaan dipijak oleh suaminya sendiri.
@nurbby_ Dh bt report tnggu polis ja maiii..bpa kli dh bini dy kna pukoi bru ni berani nk bt reportπ#fyp #fyppppppppppppp
β¬ original sound – β³πΎπππΉπΆππΆπ½ – β³πΎπππΉπΆππΆπ½

Menerusi video tersebut, dapat didengar rintihan seorang wanita yang sedang merayu dan suara anak-anak kecil menangis seolah-olah meminta bantuan untuk dilepaskan. Lalu, gadis tersebut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis susulan terdengar jirannya yang didakwa dipukul oleh suaminya sendiri.
Keputusan berani yang diambil oleh gadis tersebut menyebabkan suami jirannya ditahan polis dan menyelamatkan wanita tersebut daripada terus dizalimi.
@nurbby_ Sian kak tu…dy xbrani nk bt reportπ₯²#fyp#fyp
β¬ original sound – β³πΎπππΉπΆππΆπ½ – β³πΎπππΉπΆππΆπ½
Video-video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada pemilik video tersebut yang bertindak membuat laporan polis untuk menyelamatkan jirannya.
Malah, para netizen turut berpendapat bahawa Miss Dayah bukanlah jaga tepi kain orang tetapi tindakannya itu menyelamatkan nyawa.
Good job kak. Korang kalau nampak or dengar jiran kena pukul dek laki, tolong buat report or call polis. Banyak mangsa takut or diugut suami. Banyak suami tak layak jadi suami zaman sekarang. pic.twitter.com/pMvbDN1Hv2
— Aida Sue β¨π₯ (@AidaSue) June 15, 2021
Mnde ni dr dulu lg ade. Cume x viral n org x tahu. If ur husband is hurting u thats it. Just go . He won't change. He will begged n said he won' t do. But nooooo. These kind of people are monster of lies. https://t.co/o25wKT28d3
— Blank (@zafirah_zaza) June 15, 2021
Staying at home is not a bliss for everyone. Domestic violence cases will spike up due to stress during this lockdown. Be a good neighbor. This isnt about being nosy, it is about saving lives. https://t.co/OVzCWNuo2J
— Hoely with Palestine π΅πΈ (@hoelymelayu) June 15, 2021
Untuk rekod, sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, dimana peningkatan kes ini didorong dengan pelbagai faktor, khususnya implikasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak tahun lalu.
Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan kes keganasan rumah tangga di Malaysia pada pautan di bawah ini.
Tekanan Hidup Di Musim Wabak, 902 Kes Keganasan Rumah Tangga Direkodkan Awal Tahun 2021
Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa PKP