Kisah mengenai ‘kezaliman‘ lelaki mendera isterinya sendiri tersebar apabila seorang gadis dikenali Miss Dayah memuat naik dua video di TikTok miliknya.

Menurutnya, beliau mendakwa kejadian seumpama ini sudah berlaku berulang kali dan dirinya pernah menjadi saksi melihat wanita berkenaan dipijak oleh suaminya sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@nurbby_/video/6973636720822717697

Menerusi video tersebut, dapat didengar rintihan seorang wanita yang sedang merayu dan suara anak-anak kecil menangis seolah-olah meminta bantuan untuk dilepaskan. Lalu, gadis tersebut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis susulan terdengar jirannya yang didakwa dipukul oleh suaminya sendiri.

Keputusan berani yang diambil oleh gadis tersebut menyebabkan suami jirannya ditahan polis dan menyelamatkan wanita tersebut daripada terus dizalimi.

https://www.tiktok.com/@nurbby_/video/6973642053175627009

Video-video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada pemilik video tersebut yang bertindak membuat laporan polis untuk menyelamatkan jirannya.

Malah, para netizen turut berpendapat bahawa Miss Dayah bukanlah jaga tepi kain orang tetapi tindakannya itu menyelamatkan nyawa.

https://twitter.com/zafirah_zaza/status/1404812266529341454

Untuk rekod, sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, dimana peningkatan kes ini didorong dengan pelbagai faktor, khususnya implikasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak tahun lalu.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan kes keganasan rumah tangga di Malaysia pada pautan di bawah ini.

Tekanan Hidup Di Musim Wabak, 902 Kes Keganasan Rumah Tangga Direkodkan Awal Tahun 2021

Polis Lapor Kes Penderaan Anak Ke Atas Ibu Bapa Meningkat Semasa PKP