Jo-Anna Sue Henley Rampas bukanlah nama yang asing terutamanya bagi pengundi di Kiulu mewakili Parti Warisan Sabah. Bekas ratu cantik berusia 29 tahun ini merupakan graduan dari University of London dalam jurusan undang-undang. Bukan sahaja beauty with brains tetapi beliau juga pernah memenangi naib johan Bintang RTM 2009.

Jo-Anna tidak mahu dirinya hanya dikenali sebagai bekas ratu cantik semata-mata tetapi beliau mahu dikenali dengan semangat juang demi membantu rakyat. Akibat cara pemakanan beliau yang gemar memakan telur kuning dengan nasi, beliau pernah didiagnos dengan kolesterol tinggi seawal usia 19 tahun. Dari situ Jo-Anna mula untuk bersenam di gym dan akhirnya melayakkan beliau untuk menerima sijil sebagai fitness trainer. Jo-Anna terpaksa akur untuk berehat seketika daripada dunia weight-lifting setelah tercedera pada bahagian bahu dan terpaksa menjalani pembedahan di UK tahun lalu.

Akibat kecedaraan yang dialami bahagian bahu beliau menjadi sangat sensitif sehinggakan tisu bahunya koyak akibat bersalaman dengan rakyat ketika menemui rakyat. Beliau bakal bersemuka dengan lawannya yang merupakan bekas wartawan bagaimanapun tidak berasa gentar dan kekok untuk turun padang bertemu pengundi.

jo_anna_sue_henley_rampas_20170611

Beliau yang berdarah kacukan British-Dusun petah bertutur dalam bahasa tempatan memudahkan lagi untuk beliau mendekati pengundi di kawasannya.

Darah politik yang mengalir dalam dirinya bermula dari datuknya yang merupakan ketua suku kaun di Kiulu yang juga merupakan salah seorang peneroka yang memajukan Kiulu. Selain itu, ibunya sendiri merupakan calon parti AKAR pada tahun 1994. Bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu dari tahun 1999-2013.