Siapa sahaja yang tidak kenal dengan watak antagonis yang menjadi seteru utama Batman iaitu Joker. Jika diimbas kembali, watak Joker pernah dipegang oleh pelakon ternama Hollywood seperti Jack Nicholson, Heath Ledger, Cesar Romero dan Jared Leto.

Menjadi persoalan utama peminat semestinya adakah Joaquin bisa melakonkan watak villain ini dengan sukses?

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Bagaimana pula dengan Todd Philips, pengarah filem Joker yang memang terkenal sebagai ‘Master of Dark Comedy’?

Selepas menonton tayangan pertama, filem ‘Rated-R’ ini menceritakan segalanya mengenai Arthur Fleck a.k.a yang tinggal di Gotham City yang sangat huru hara. Dalam mana-mana versi sekali pun, Gotham City adalah bandar yang penuh dengan penjahat, kaki buli, wabak penyakit dan macam macam lagi. Di sinilah Arthur menjalani hidupnya dengan menjadi badut di jalanan.

Percayalah. It’s darker than you think. Diketawakan masyarakat hampir setiap hari, Arthur merasakan beliau tidak harus wujud dalam dunia ini. Tekanan demi tekanan hingga mata Arthur melihat dunia penuh dengan penindasan, kekejaman dan wajar diberikan pembalasan setimpal.

Sampailah satu ketika, satu peristiwa besar muncul dan beliau menemui dirinya yang sebenar. Selepas kemuncak filem ini, pasti anda akan sedar apa rasional di sebalik kegilaan Joker yang sering kita label jahat, kejam dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, segala identiti Joker terbongkar dan paling mengejutkan apabila Arthur Fleck dikatakan mempunyai ‘rahsia’ besar dengan keluarga Wayne. Satu demi satu masalah mendatang dan Joker semakin obses dengan dunia beliau yang digelar jenaka secara subjektif.

Adakah Joaquin Pheonix lebih baik daripada Heath Ledger?
joker 1

Jika dibandingkan antara Heath Ledger dan Joaquin Phoenix, masing masing membawa keunikannya tersendiri. Heath Ledger lebih kepada Joker musuh utama Batman yang melakukan keganasan di Gotham berbanding watak Joker oleh Joaquin Phoneix yang lebih kepada character build up yang mantap dan aksi yang anda mungkin tidak dapat anda bayangkan.

Perbezaan dua orang ini dilihat pada level ‘deep and dark’ seorang Joker, jelas filem arahan Todd Philips lebih berbisa. Anda boleh lihat betapa bersungguhnya Joaquin Pheonix untuk membawa watak Joker ini. Beliau menjadi sangat kurus semata-mata untuk memberi gambaran Arthur Flex yang sengsara. Kami jangka beliau akan dicalonkan untuk anugerah Oscar tahun hadapan dengan performance hebat beliau dalam Joker.

Kritikan sosial dunia sebenar
Joaquin Pheonix two

Joker secara tidak langsung memberi kritikan sosial kepada dunia sebenar. Hidup Arthur Fleck dalam filem ini sentiasa dilanda musibah. Bak kata pepatah sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Mesej tersirat yang ada dalam filem ini adalah semua insan di dunia ini boleh berubah jadi ‘Joker’ jika cukup tekanan yang diterima dalam hidup. Anda pun pasti akan sangat bersimpati dengan nasib hidup Arthur Fleck dalam cerita ini.

Pernahkah kita terfikir kenapa Joker ini kelihatan sangat jahat walhal beliau sendiri pun sebahagian daripada masyarakat biasa. Sejujurnya, cerita ini tidaklah memaparkan sebarang unsur ‘seksi’ sebagaimana filem lain tetapi jika anda mahu melihat karya yang memberikan kesan mendalam dan membuatkan kita berfikir sejenak, filem Joker wajib anda tonton.

Pada kami, karya Joker ini layak mendapat standing ovation selama 8 minit ketika ianya ditayangkan di Venice Film Festival awal bulan ini. Jangan harapkan filem ini fun seperti karya ‘studio sebelah’. Filem ini sangat perlahan dan mungkin agak bosan kepada sesetengah penonton.

Sebelum terlupa, diingatkan Todd Philips tidak bergantung kepada CGI hebat untuk filem ini. Jadi, ianya 100 peratus dirakam di jalanan untuk memberi feel yang lebih real kepada penonton. Kami jangka sekiranya Warner Bros mahu mengembalikan dunia DCEU, Joker boleh menjadi filem pertama untuk dunia reboot DCEU seperti mana Iron Man menjadi filem pertama untuk MCU.

Kami juga tidak mahu bercerita panjang tentang apa yang terjadi dalam filem ini tetapi trailer yang anda tonton di YouTube, langsung tidak menerangkan apa yang terjadi dalam Joker. Untuk filem ini, kami beri rating 9.5/10, setaraf rating yang kami berikan untuk filem Logan.

Filem ini juga adalah untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. Jangan bawa adik atau anak di bawah umur ini untuk menonton bersama anda di pawagam. Hats off, Joker dan tayangan bermula 3 Oktober 2019 depan. Nikmatilah!

Jika anda suka filem Logan, anda pasti akan suka filem ini. Jika anda tidak pernah menonton Logan, ini review kami tentang filem Logan.

‘Logan’ Pengakhiran Terindah Dan Epik Buat Wolverine

Pengarah Joker Cadang Lawan MCU Dengan Divisyen ‘DC Black’

Artikel di atas disumbangkan oleh Faiz Azizan. Suka menulis perkara yang beliau minat dan berkongsikan kepada semua dengan santai. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka