Sekiranya anda pernah menonton filem Joker lakonan Joaquin Phoenix pada tahun lalu, kami yakin anda pasti mengkagumi lakonan beliau yang berjaya membawa dimensi baru kepada watak ikonik Joker dalam filem tersebut.

Nampaknya, seperti bukan rahsia lagi apabila Joaquin Phoenix pada tahun ini berjaya muncul sebagai pelakon terbaik pada anugerah Golden Globes 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejayaan beliau memenangi anugerah ini berjaya mengalahkan beberapa pelakon hebat yang lain seperti Christian Bale (Ford v Ferrari), Antonio Banderas (Pain and Glory), Adam Driver (Marriage Story) and Jonathan Pryce (The Two Popes).

joker-joaquin-phoenix-1
Sumber: ScreenGeek

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Joaquin Phoenix tercalon dalam anugerah Golden Globes sebaliknya ini merupakan kemenangan kedua beliau daripada enam pencalonan tahun-tahun sebelum ini sejak 2006.

Tahniah diucapakan buat Joaquin Phoenix atas kejayan beliau. Nampaknya kerja keras Joaquin Phoenix berjaya membuahkan hasil selepas beliau dilaporkan banyak menghabiskan masa untuk menghayati serta melakonkan watak Joker. Tidak dilupakan juga pengorbanan beliau dalam menurunkan berat badan sebanyak 50lb (22.68kg).

Kami kongsikan kepada dengan lebih lanjut mengenai skrip asal Joker yang menceritakan tentang nasib wanita ‘imaginasi’ Joker.

Skrip Asal Filem Joker Dedahkan Nasib Sebenar Sophie, Teman Wanita ‘Imaginasi’ Joker

Kevin Smith Dedah ‘Ending’ Kejam Filem Joker Sepatutnya Berakhir Dengan Kematian Bruce Wayne

Sumber