Siapa sangka perkenalan selama dua bulan akhirnya membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. Perkara ini turut mendapat perhatian netizen di media sosial selepas tularnya mengenai perkahwinan pasangan warga emas ini di Ipoh, Perak.

Perkenalan Hussain Abdul Rahman, 84, dan Kamsiah Adam, 66, yang mula berputik ketika pasangan ini sama-sama menghadiri kelas agama yang terkemuka milik Datuk Ustaz Kazim Elias. Kegembiraan ini turut dikongsikan seisi keluarga terutamanya anak-anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anak Kamsiah, Arif Rafhan sempat meluahkan kegembiraan buat ibunya di laman sosial Twitter. Baginya, Kamsiah berhak untuk mendapatkan kebahagian setelah sekian lama membesarkan adik-beradiknya dengan status ibu tunggal.

Arif meluahkan kesyukuran dengan kehadiran seorang ayah yang melengkapkan lagi keluarganya.

Bebenang diakhiri dengan doa tulus ikhlas buat kebahagiaan ibunya yang jelas terpancar di raut wajah ibunya ketika majlis berlangsung.