Dunia tahu bagaimana rapatnya hubungan Amerika Syarikat dan Israel, malah terdapat laporan dari media antarabangsa yang menyatakan bahawa AS menyuntik dana ketenteraan kepada negara Israel. Dunia juga tahu, perbalahan yang berlaku di antara dua negara, Israel dan Palestin yang bermula puluhan tahun dahulu.

Terbaharu, Presiden AS, Joe Biden telah menggunakan pentas Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berbincang soal kemerdekaan negara Palestin. Namun apa yang ralat dalam ucapan Biden di PBB adalah dia menegaskan bahawa kepentingan untuk membina negara Palestin yang merdeka dan berdaulat adalah ‘jalan terbaik’ untuk menjamin masa depan Israel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memetik laporan berita Arab News, ucapan Biden yang berlangsung pada hari pembukaan Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa lalu berkisar mengenai masa depan yang lebih besar kepada rantau timur tengah sambil menegaskan bahawa Israel adalah kepentingan AS.

Kata Biden, komitmen AS terhadap keamaan Israel dan sokongan AS terhadap sebuah negara Yahudi yang merdeka tidak boleh dipertikaikan. Bagaimanapun, Biden melihat jalan penyelesaian yang terbaik kini adalah dengan cara penyelesaian dua negara bagi memastikan masa depan Israel sebagai negara Yahudi yang demokratik.

“Tetapi saya terus percaya bahawa penyelesaian dua negara adalah cara terbaik untuk memastikan masa depan Israel sebagai negara demokratik Yahudi, hidup dalam damai berdampingan dengan negara Palestin yang bersemangat, berdaulat dan demokratik,” kata Biden dalam ucapannya.

Selain itu, Biden juga menyentuh mengenai isu yang melanda seluruh dunia, iaitu COVID-19. Dalam ucapannya, Biden menyebut dunia kini sedang menghadapi ‘dekad yang menentukan’. Dia meminta semua pemimpin dunia untuk bekerjasama dalam memerangi wabak, perubahan iklim global dan ancaman siber.

Biden juga mengumumkan bahawa AS akan melipatgandakan komitmen kewangannya untuk bantuan iklim dan membelanjakan $ 10 bilion untuk memerangi kelaparan di pelbagai bahagian dunia.

Tahukah anda bahawa Israel sebenarnya sedang mencuba untuk berbaik dengan negara-negara ASEAN, termasuk Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dalam Diam Israel Sebenarnya Ada Hati Pada Malaysia, Pasang Niat Mahu Jalin Hubungan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Unit 8200, Agensi Risikan Siber Israel

Ini Sebab Kenapa Negara-Negara Islam Mengiktiraf Kedaulatan Israel

Sumber