Deretan kedai di seluruh AS mengambil langkah berjaga-jaga dengan membina tembok kayu bagi mengelak daripada kejadian yang tidak diingini menjelang pilihan raya Presiden AS di antara Donald Trump dan Joe Biden.

Tiffany, Saks Fifth Avenue, CVS, Target dan Macy’s antara rangkaian kedai yang mengambil langkah keselamatan yang tinggi jika berlaku tunjuk perasaan selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Walaupun kami berniat untuk membuka kedai, beberapa kedai terpilih di bandar utama akan dibina tembok kayu bagi mengelak kejadian di luar dugaan yang berkait dengan pilihan raya,” kata Nathan Strauss, jurucakap Tiffany.

Para peruncit di sekitar AS mahu mengelak daripada menjadi mangsa kerosakan seperti kejadian pada musim panas lalu, di mana kedai rosak teruk dan barang dagangan dicuri semasa tunjuk perasaan kematian George Floyd di Minneapolis.

https://twitter.com/flux_z/status/1323494265830346752?s=21

CVS pula menyatakan mereka mengambil langkah berjaga-jaga di beberapa kawasan yang pernah terjadi rusuhan. Tembok kayu di naikkan tetapi kedai tetap dibuka selagi ia selamat untuk berbuat demikian, kata jurucakap CVS.

Tom Buiocchi, Ketua Pegawai Eksekutif ServiceChannel, platform dalam talian yang menghubungkan peruncit dengan kontraktor tempatan, mengatakan 750 kedai memesan papan kayu untuk dijadikan tembok di hadapan kedai sejak 27 Oktober lalu.

Untuk rekod, ia menelan belanja sekitar USD$ 124 (RM514.00) hingga USD$ 31,000 (RM129,000), bergantung pada ukuran, menurut Mr Buiocchi.

Bagi para peruncit, tunjuk perasaan akan menjadi gangguan terbaharu perniagaan mereka selepas wabak COVID-19. Walaupun semua dijangka akan menerima kesannya, tetapi peruncit kecil akan menerima kesan yang lebih besar.

Terdahulu, para peruncit berkongsi langkah berjaga-jaga antara satu sama lain. Mereka turut berunding dengan pegawai polis jika terdapat ancaman kepada harta benda mereka.

Terdahulu, seorang pemuja Donald Trump meninggal dunia selepas ‘kecewa’ apabila Presiden AS itu dijangkiti COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pemuja Donald Trump Meninggal Dunia, ‘Kecewa’ Presiden AS Positif COVID-19

Saintis Di Amerika Syarikat Kongsi Masalah Kualiti Air di Kelantan Dan Selangor

Amerika Syarikat Tahan Sarung Tangan Getah Buatan Syarikat Malaysia Daripada Memasuki Negara

 

Sumber