Joe Flizzow dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia Tenggara pada MTV EMA 2018 di Bilbao Exhibition Centre, Bilbao, Sepanyol, semalam.

Joe Flizzow yang terkenal dengan lagu ‘Apa Khabar’ dan menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun 2013, mengetepikan saingan-saingan hebat dari negara lain seperti Afgan dari Indonesia, IV of Spades dari Filipina, Minh Hang dari Vietnam, Slot Machine dan Twopee Southside dari Thailand,  dan The Sam Willows dari Singapura.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

View this post on Instagram

It was all a dream. Forest Gump flow. #MTVEMA

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on

View this post on Instagram

Dua Lipa, Satu Flizzow. #MTVEMA @mtvema

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on

Menurut Joe, kejayaan ini memberi simbolik dan impak yang sangat besar kepada kariernya. Beliau berharap kemenangannya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk tidak berhenti mengejar impian dan berusaha keras mengecapi cita-cita.

Tahniah buat Joe Flizzow atas kejayaan beliau dan mengharumkan nama negara kita. All the best Joe Flizzow!

Anda Mungkin Suka