Apa Khabar, lagu keluaran Joe Flizzow pada 2014 telah menceritakan serba sedikit perjuangan Too Phat ketika zaman kegemilangan mereka dalam industri muzik tanah air. Antara yang menjadi tumpuan adalah bait lirik di mana Too Phat – Joe Flizzow dan Malique – ke Pulau Pinang bagi memenuhi undangan show disana dengan hanya menaiki kereta Kancil.

Sejak itu, lagu Apa Khabar bukan sahaja berjaya merungkai kisah hidup Too Phat malah telah mencipta rekod dengan memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-29 pada 2015.

Disebabkan kenangan yang begitu besar terhadap perjuangan mereka, penyanyi rap terkenal Joe Flizzow telah meminta bantuan orang ramai untuk membantu beliau mencari kembali Kancil yang pernah digunakan oleh Too Phat satu ketika dahulu.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh laman Instagram Malaysian Hustler, Joe telah meminta bantuan orang ramai untuk menghubunginya jika mempunyai maklumat mengenai kereta kancil. Joe juga turut berkongsi nombor pendaftaran kereta Kancil tersebut.

Terdahulu, Malaysia Hustler telah memuat naik video penyanyi rap baharu, Yonnyboii menaiki kereta Kancil. Video itu telah mendapat perhatian Joe apabila beliau telah meninggalkan maklum balas ; The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.

Malah ada beberapa netizen yang membalas komen Joe dengan lirik lagu Apa Khabar, “Lapan orang naik dua kancil tapi semua senang.” Komen tersebut telah mendapat perhatian Joe apabila dia sendiri meluahkan hasrat untuk mencari dan membeli semula kereta kancil yang mempunyai sebahagian daripada kenangan penubuhan kumpulan Too Phat.

Untuk bacaan lanjut mengenai Joe Flizzow, klik pautan di bawah untuk membaca.

Joe Flizzow Muncul Artis Malaysia Pertama Sertai Def Jam Recordings

Joe Flizzow Menang Trofi Di Anugerah MTV EMA 2018

Jawapan Epik Oleh Nenek Comel Ini Bakal Buat Joe Flizzow Tersenyum Lebar