Label muzik hip hop terkemuka dunia, Def Jam Recordings yang ditubuhkan pada tahun 1984 telah meluaskan empayar mereka di Asia Tenggara dengan memilih 6 artis solo untuk berada di bawah naungan mereka.

Joe Flizzow merupakan antara artis yang kini bernaung di bawah label Def Jam South East Asia bersama 5 artis lain iaitu DABOYWAY (Thailand), Yung Raja (Singapore), Fariz Jabba (Singapore), ALIF (Singapore) dan A.Nayaka (Indonesia).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya sangat terharu kerana kini saya bernaung di bawah Def Jam SEA. Selepas 20 tahun sebagai artis independent, saya berusaha dan kini bersama label besar di dunia,” Kata Joe.

Joe turut berkata rakan artisnya yang lain di Kartel Records, label yang ditubuhkan oleh beliau pada 2005 akan ‘turut serta’ bersama beliau di Def Jam SEA tidak lama lagi.

Def Jam Recordings bermula sebagai label indie yang terinspirasi oleh budaya jalanan kota New York serta kelahiran bunyi hip-hop. Def Jam pernah mewakili nama-nama besar dunia muzik selama 35 tahun seperti LL Cool J, Slick Rick, The Beastie Boys dan Public Enemy. Dua dekad kemudian, Def Jam memperkukuhkan kedudukan dengan bintang tersohor seperti Jay-Z, DMX, Ja Rule, Method Man & Redman, Ludacris, Rihanna, Jeezy, dan artis yang sukar ditandingi Kanye West.

Kini di bawah pimpinan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Paul Rosenberg, Def Jam telah membuktikan kesungguhan dan komitmen terhadap budaya hip-hop, dan memperluaskan jenama globalnya untuk menjadi salah satu label terunggul dengan pengikut paling ramai di media sosial.

Tahniah buat Joe Flizzow. Ini pula beberapa artikel lain tentang Joe Flizzow yang pernah kami siarkan sebelum ini.

Joe Flizzow Menang Trofi Di Anugerah MTV EMA 2018

Koleksi Kasut Milik Joe Flizzow Ini Pasti Buat Anda Terpegun

Sejarah Lagu ‘Diss Track’ Dalam Industri Muzik Negara