Sebelum kita mencapai kejayaan, pasti kita akan menempuhi pelbagai cabaran dalam hidup. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap usaha yang kita lakukan akan membuahkan hasil.

Terbaharu, seorang penyanyi terkenal Joey BPR telah berkongsi pekerjaan sebelum beliau menjadi seorang penyanyi. Perkongsian beliau mengejutkan ramai pihak dan tidak menyangka bahawa beliau merupakan seorang arkitek berbakat.

Huawei-Nova-7i-price-specs-Revu-Philippines
HYPE
5 Sebab Utama HUAWEI nova 7i Sering Menjadi Rebutan Ramai
Baca lagi →

Gambar lama. Dulu aku keje akitek firm. Akitek Akiprima, Akitek Bersatu dan banyak lagi. Aku dipanggil Khas untuk…

Posted by Joey Bpr on Thursday, 10 October 2019

Beliau sebelum ini bekerja sebagai arkitek di beberapa syarikat arkitek seperti Akiprima, Bersatu dan banyak lagi. Malah, beliau ditugaskan untuk melatih arkitek-arkitek untuk buat 3D artwork dan animasi.

Lebih menarik, beliau turut pernah membantu dalam mereka rekaan Sunway Lagoon, Sunway College, Sunway Hotel dan Kulim Hitech. Menurut beliau, rekaan pertama hotel Sunway Lagoon tidak seperti sekarang tetapi seperti Disneyland, malangnya rekaan tersebut tidak lulus.

Beliau juga pernah buat networking untuk pejabat kerajaan dan swasta. Selain itu, beliau juga berkongsi pernah pergi temuduga tanpa membawa sebarang sijil tetapi hanya membawa kad pengenalan. Kerana skill yang hebat dimiliki beliau, Joey terus diterima bekerja.

Pasti anda kagum dengan perkongsian beliau ini. Tidak disangka bahawa beliau merupakan seorang arkitek satu ketika dahulu. Mungkin anda hanya ingat beliau sebagai seorang rockers di Malaysia tetapi sebenarnya Joey lebih daripada itu. Steady abang Joey!

Tahukah anda bahawa seorang pakcik yang membeli iPhone 11 sebelum ini disindir merupakan seorang doktor? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Disindir Kerana Jadi Pembeli Pertama iPhone 11, ‘Pak Cik’ Ini Sebenarnya Doktor Pakar Di Kelantan

Inilah Individu Hebat Yang Mewakafkan Masjid Sri Sendayan Di Negeri Sembilan

Permainan Video ‘Leftenan Adnan’ Rekaan Anak Tempatan Curi Perhatian Netizen

Anda Mungkin Suka