Lagu legenda Tiara nyanyian kumpulan Kris satu ketika dahulu ketika ini menjadi fenomena kembali terutamanya di Indonesia selepas ia dipopularkan kembali oleh penyanyi muda Raffa Affar.

Ia dinyanyikan dalam versi baharu yang ternyata berbeza dengan versi yang sebenar. Penerimaaan Tiara versi Raffa Ammar juga berbeza kerana rata-rata peminat di Malaysia pastinya menyukai versi yang asal dan peminat di negara seberang sukakan versi Raffa Ammar.

Vokalis kumpulan BumiPutra Rockers (BPR), Joey semalam menerusi perkongsian di Facebook telah berkongsikan satu video Smule seorang lelaki bernama Radhi menyanyikan lagu Tiara ini dalam versi Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Menurut Joey, beliau menyukai versi ini kerana ia unik dan kreatif.

“Tak semua cover tak bagus, tak semua cover merosakkan lagu. Kadang-kadang ada cover yang bagus, sedap dan kreatif. Yang ini, aku terpaksa puji. Suatu cover yang unik dan berkualiti. Betul-betul menggamit kenangan lama,” tulisnya. Perkongsian terbabit telah menerima lebih 3,400 perkongsian dan rata-rata memuji cover versi Radhi ini.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji cover tersebut kerana lenggok nyanyian Radhi yang hampir sama dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Justeru itu mereka dapat membayangkan bagaimana jika lagu ini benar-benar wujud di tahun 1960an.

Sebelum ini, Dato hattan pernah memberi ‘peringatan’ kepada BBNU supaya tidak melebih-lebih dalam membuat cover sehingga hilang feel dan melodi asal sesuatu lagu.

“Nak rakam tu boleh tapi biar betul caranya. Ni kau rakam lembik-lembik, macam ular kena pukul pula. Belajar hormati lagu. BBNU ni rakam entah jadi apa bunyinya. Ditukarnya melodi, salah tu. Nak rakam, rakam elok-elok,” katanya.

Sebelum ini netizen menzahirkan rasa kecewa dengan cara penyanyi Raffa Affar yang membawakan lagu Tiara ini secara live. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Kenapa Rosakkan Lagu Ini?’ – Netizen Kecewa Dengar Raffa Affar Nyanyi Tiara Secara ‘Live’

Syarikat Rakaman Malaysia Didakwa Jadi Punca Video Lofi Girl Kena ‘Banned’ Oleh YouTube

Sungguh Mempersonakan, Inilah Rupa Tulisan Tangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee