“Geli nak mati” itu lah perkataan yang saya ucapkan ketika mendapat tahu tentang berita ini. Secara jujurnya, walaupun kacak saya tetap berasa kurang nyaman dengan spesies reptilia yang ini. Ular!

Tak tahu apa alasan yang patut saya berikan, kerana perasaan geli ini datang dari hati. Kalau anda juga mengalami masalah geli melampau dengan ular, kita mungkin boleh jadi sahabat yang baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tinggal di Perkampungan Jogi Dera merupakan satu mimpi ngeri buat mereka yang fobia dengan ular. Mana tidaknya, penduduk di sini semunya sangat mesra dengan reptilia ini, boleh dikatakan mereka seperti mempunyai hubungan yang akrab seperti sebuah keluarga.

Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi

Jogi Dera adalah sebuah perkampungan yang terletak di daerah  Baghpur, Uttar Pradesh di India. Kampungan ini juga sinonim digelar sebagai Perkampungan Pawang Ular oleh penduduk di sana. Selain bentuk fizikal, faktor yang menakutkan tentang ular adalah bisanya yang boleh membunuh manusia dalam masa kurang dari 5 minit. Oh!

Namun berbeza dengan penduduk di sini, ular langsung tidak membahayakan nyawa mereka. Memang ajaib sungguh, adakah ini yang dikatakan dua dunia berbeza yang sedang bercinta. Dari anak kecil hinggalah yang berusia, semuanya seperti sangat gembira bermain dengan ular.

Terdapat pelbagai spesies ular yang ada di perkampungan ini, baik dari ular kecil sehinggalah spesies ular yang paling ditakuti iaitu King Cobra. Bukan sekadar bermain, penduduk di sini juga boleh mengawal ular mengikut rentak irama yang dimainkan.

Di bawah ini adalah rakaman suasana di perkampungan Ular, Jogi Dera. Ini adalah bukti ular juga mampu menjadi kawan yang baik.

Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi
Gambar: REUTERS/Adnan Abidi

Kalau anda diberi peluang berkunjug ke sini, sanggup atau tidak? Penuh ular beb, silap hari bulan masuk dalam seluar haru hidup nanti.

Baca juga: Rumah Tanpa Pintu Di Shani Shingnapur, Ini Perkampungan Paling Aman Di Dunia