Anda sedang mencari satu filem santai di pawagam untuk bawa anak-anak? Anda mungkin boleh consider filem Ferdinand yang kini sedang ditayangkan di pawagam. Tarikan utama filem ini pastinya pada aktor suara utama filem ini, John Cena!

Filem ini berkisahkan tentang seekor lembu bernama Ferdinand. Ferdinand dilahirkan di Casa del Toro, sebuah ladang yang menghasilkan lembu-lembu hebat untuk berlawan dengan matador. Setiap lembu yang dilahirkan di sini mempunyai satu impian; ingin menjadi yang terbaik supaya mereka dapat dipilih untuk berlawan dengan matador.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ferdinand tidak sukakan keganasasan dan beliau memang tidak mahu pun menjadi lembu untuk berlawan dengan matador. Pada satu hari, bapa Ferdinand terpilih untuk menjadi lawan kepada matador dan ayahnya berjanji akan menang dalam perlawanan itu.

Namun apabila malam menjelang bapa Ferdinand tidak pun berkunjung pulang dan Ferdinand nekad untuk melarikan diri daripada kandang berkenaan. Beliau kemudiannya dijaga oleh satu keluarga yang sangat penyayang dan merupakan sesuatu yang sangat beliau gemari, bunga.

Apa yang menarik tentang filem ini? Pastilah Ferdinand ini sendiri. Jika perlu memilih satu watak kegemaran dalam filem ini, saya akan pilih Ferdinand. Ferdinand mengajar kita supaya mengejar impian yang kita mahu. Dalam filem ini, setiap rakan dan keluarga Ferdinand mahu beliau menjadi lembu tempur untuk matador tetapi Ferdinand tidak sukakan keganasan. Beliau sukakan bunga! Walaupun Ferdinand dari baka yang terbaik, namun kalau hati dah tak suka, nak kata apa kan?

Filem ini juga diwarnai dengan ragam watak-watak lain terutamanya pesaing Ferdinand yang juga mahu jadi yang terbaik untuk dipilih berlawan dengan matador. Anda pastinya akan terhibur dengan kerenah 3 ekor landak kecil bernama Uno, Dos, dan Quattro. Cumanya dalam kartun ini saya agak simpati dengan watak kambing, Lupe yang try hard untuk jadi lucu dan bagi saya wataknya agak gagal dan tidak menyerlah kerana lawak-lawaknya yang lemah.

Aksi pengembaraan Ferdinand untuk menyelamatkan rakan-rakannya dari Casa del Toro memang fun dan bagaimana Ferdinand melakukannya, itu anda sendiri kena tonton di pawagam. Kami beri rating 7.8/10 untuk filem ini. Animasi ini mudah dihadam dan difahami dan pastinya akan buat seisi keluarga anda terhibur. Percayalah.

P/S: Anda mungkin mahu tonton filem ini di Quill City Mall, KL kerana Quill City Mall kini sarat dengan hiasan filem Ferdinand! Anda juga boleh menang merchandise rasmi Ferdinand dengan menyertai peraduan yang sedang berlangsung di sana. Kalau anda berada di sekitar Quill City Mall, jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan filem Ferdinand di sini.