Dengan ura-ura mengatakan Chris Evans tidak lagi akan memegang watak Captain America untuk Marvel Cinematic Universe (MCU), John Cena pula memberi ‘teaser’ dengan memuat naik gambar perisai Captain America di laman Instagram miliknya.

Peminat John Cena terutamanya membuat andaian bahawa John Cena mungkin akan menggantikan Chris Evans sebagai Captain America. Namun, teori peminat paling popular ketika ini adalah Winter Soldier atau Falcon yang akan menggalas tugas Chris Evans selepas ini andainya benar-benar Chris tidak lagi mahu memegang watak sebagai Captain America.

Tetapi disebabkan MCU tidak terikat dengan versi komik Avengers, sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi Captain America yang baharu. Versi gambar yang dimuat naik oleh John Cena juga memaparkan perisai berkenaan mempunyai calar daripada cakaran Black Panther.

Ada yang berpendapat John Cena akan muncul dalam filem Black Panther kedua untuk satu watak yang baharu. Jadi mana satu yang betul? Kita tunggu sahaja perkembangan berita ini nanti.