Selepas Vin Diesel memberikan gambaran bahawa John Cena bakal menyertai beliau dalam Fast & Furious 9 April lalu, persoalan itu terjawab semalam apabila Cena secara sah akan menyertai siri ke-9 franchise berkenaan.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh John Cena di laman rasmi Twitter beliau dan menurut Cena, beliau sangat teruja untuk menyertai siri yang hebat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Untuk hampir 20 tahun, franchise Fast & Furious telah mengembirakan ramai peminat. Ianya satu penghargaan kerana dapat sama-sama menyertai franchise dan keluarga ini,” tulis Cena di Twitter.

Khabarnya watak yang hebat akan diberikan kepada John Cena. Walau bagaimanapun, pertempuran antara John Cena dan Dwayne ‘The Rock’ Johnson tidak akan berlaku kerana beliau tidak akan terlibat dalam Fast & Furious 9.

Ianya berikutan Vin Diesel dan Dwayne yang tidak lagi ‘sekepala’ selepas Vin Diesel tidak selesa dengan kehadiran Dwayne dalam siri Fast & Furious. Justin Lin akan kembali ke kerusi pengarah dan penggambaran akan bermula dalam masa terdekat. Fast & Furious 9 akan ditayangkan pada 22 Mei 2020.

Sumber