Sekiranya Marvel Studios memanggilnya, superstar WWE, John Cena bersedia untuk berkhidmat sebagai Captain America.

Sebelum Marvel mengumumkan Chris Evans untuk memegang watak Captain America, ada peminat yang berharap Cena juga diberi perhatian untuk memegang watak berkenaan. Cena berkata dalam nada yang serius ketika perbualan di Ellen, jika ada pihak yang betul-betul mahu beliau menjadi Captain America yang seterusnya, beliau bersedia dan berjenaka akan memberi mimpi buruk kepada peminat setia Captain America.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, masih tiada lagi pengesahan Marvel akan menghasilkan siri terbaru untuk Captain America. Malah, idea untuk Captain America baharu juga bakal menimbulkan banyak persoalan nanti. Buat masa ini, Marvel mahu menumpukan sepenuh perhatian pada Avengers 4 yang bakal keluar tahun hadapan.

Chris Evans yang memegang peranan Captain America juga berkata buat masa ini, beliau telah selesai menjalankan peranan beliau Captain America. Apa yang akan terjadi kepada Captain America hanya akan diketahui dalam Avengers 4 nanti.